Monday 19 November 2012

Pinjamkan duit

Orang tua tua pernah berpesan jangan sesekali pinjamkan duit pada kawan baik kerana itu akan menjadi punca menrengangkan tali persahabatan dan kawan yang baik akan menjauhkan diri dari kita!. 
Begitu juga sebagai collecter..benda yang patut dielakkan sekali adalah meminjamkan wang kita pada rakan dealer atau pun runner. Tambahan pula kalau runner itu tersohor lagi tidak boleh dipercayai..!
Selalunya bila seorang dealer atau runner sudah meminjam duit kita pada kebiasaannya bila dia dapat barang yang kita collect, dia tidak akan menjual pada kita lagi, mungkin kerana sudah terhutang budi dia agak keberatan dan segan hendak menbuka harga barangan dengan agak tinggi...jadi beliau lebih sanggup menjual barangan itu kepada orang lain dari pada kita yang pernah menolong dia. 
Ada pula yang menjauhkan diri dari kita takut takut kalau jual pada kita , wangnya akan ditolak dari baki hutang mereka pada kita kalau ada yang masih tertunggak.
Jadi........dulu memang selalu kita beli barang dari si mamat ini, bila kita sudah tolong pinjamkan duit pada dia....pada kebiasaannya perhubungan tidak akan menjadi seakrab dahulu.
Jadi kena beringat lah pesan aku ini.

Monday 12 November 2012

Legenda

 Minggu lepas aku berkesempatan berkerja dengan Legenda bolasepak Liverpool 1971 - 1977 Kevin Keegan.
Orangnya cukup hebat , Peramah, masih sihat.
Tidak pernah termimpi dalam hidup aku dapat makan semeja, bergurau senda menepuk nepuk bahu dengan legenda yang cukup hebat ini. Mesranya dia.. terasa macam sudah bertahun kenali dia.
Tetapi yang buat aku gelak besar semalam ...bila aku masuk toilet.. Keegan datang kencing bediri di sebelah aku!!!
Mak....ia.........tak pernah terbayang aku....Keegan kencing di sebelah aku la....

Saturday 27 October 2012

kawan sekerja

Kekadang sedih memikirkan perangai kawan sekerja yang sebangsa dengan aku.
Kaum lain berlumba lumba belajar switcher, Mira, EVS, Seinna, lighting, vartual set untuk jadi multi skill dan ada yang sudah boleh dijadikan Technical Director.......bangsa aku masih asyik fikir nak balik awal saja.
Tapi setiap hari yang aku dengar rungutan pasal gaji tak cukup cukup!!!!
Macam mana orang nak naikkan gaji kalau setakat boleh operate satu mesin saja kawan.....
Yang menghairankan aku ni ...orang yang bagi training ni semuanya bebudak Melaya dan orang yang belajar ini gaji jalan dan percuma.! masih lagi ramai bangsa aku asyik nak balik awal..
Apakah salahnya setiap hari lepas kerja luangkan masa untuk training atau beritahu supervisor dirosterkan untuk training?
Mungkin sikap "ke akuan" masih cukup menebal dalam diri kekawan aku ni.. mungkin juga masih bersikap macam orang kampung aku jenis yang tidak ambil kisah.
 Ayat kebanggaan yang selalu aku dengar 'Aku kerja sudah berbelas tahun tau!!' 
Kau ingat orang hairan dengan belasan tahun engkau??? kalau setakat tahu satu benda saja!
Aku pasti ramai kawan sekerja akan melenting bila baca blog aku ini ...Tapi pergi jahanamlah....aku memang dah tak kisah!!!

Sunday 7 October 2012

Belanjawan

Pagi ini balik dari market termenung aku sekejap di wakaf memikirkan ikan dan sayur yang aku beli tadi. 
Ikan siakap yang besarnya cuma sekali hadap 4 beranak $14, Ikan kembong 5 ekor $10. sayur bayam, kailan dan cili $6. Ini saja sudah $30 untuk belanja makan sehari. itu pun belum masuk belanja barang dapur seperti beras , minyak  dan rempah ratus untuk memasak!! 
Diconggakkan balik belanja cash seharian...
Duit ikan $30.
Belanja sekolah anak seorang $5. 4 orang sudah $20
Minyak Toll aku hendak pergi kerja $30
Makan dan belanja aku di tempat kerja $20
Kalau dikirakan balik setiap hari aku perlukan $100 cash untuk menjana keluarga aku. 
Memang "Haram Jadah.......!!"apa dah jadi sekarang ini . Orang yang berpendapatan sederhana macam aku ini memang terasa perit yang teramat sangat.
Tak ada ke Datuk Menteri yang bertanggungjawab peduli hal ini???
Pikirkan belanjawan yang lalu Tak ada satu pun benda yang tempias dapat menolong aku sekeluarga yang berpendapatan sederhana ini. 
Apa ke Jadahnya diberi Rebet pada Tax, duit hanphone, diberi duit saguhati setahun sekali yang pada aku tidak membantu langsung mengurangkan beban aku sekeluarga.
Benda sampingan yang dititik beratkan. Benda keperluan utama dipandang sebelah mata tidak dipedulikan langsung!

Sebagai rakyat Malaysia yang aku perlukan wahai Datuk Datuk Menteri adalah "BARANG MAKANAN DI MALAYSIA INI HENDAKLAH MURAH"
Aku hendak harga makan semurah Negara Asean yang lain kecuali S'pore yang tidak menpunyai hasil mahsol. 
Apa saja pengeluaran sumber makanan yang dihasilkan dari bumi Malaysia ini sepatutnya murah. Apa bahalolnya kalau harga sekilo gandum yang diimpot dari Amerika lebih murah dari sekilo beras yang ditanam di sini. 
Kalau hendak tolong Rakyat.....kena turunkan harga barang makanan la Datuk.....!!!!
Agak kelakar juga.....kalau pergi ke Hotel harga segelas air mangga lebih mahal dari harga segelas Beer.
Kalau Datuk menteri hendak tahu sekarang ini sepinggan nasi di kedai sudah mencecah $8 ke $12 dah Datuk..
Negara lain boleh kawal harga makanan jadi murah kenapa tidak di Negara kita?
Tapi pergi Mampos....lah memang tak kan ada orang yang akan peduli rintihan aku sekeluarga ini.

Saturday 6 October 2012

Happy Birthday

Pepagi buta dalam pukul 6 , aku dikejutkan dengan sms dari anak ke 2 mengucapkan selamat Selamat hari lahir semoga hidup diberkati Allah, murah rezeki dan panjang umur. 
"Allah..Hari ini birthday aku la..." 
Sejak anak anak sudah meningkat dewasa ni baru dapat merasa ada orang yang ucap dan tolong ingatkan tarikh hari lahir aku. kalau tidak memang tak sedar masa berlalu. Dikirakan balik..... sudah hendak memasuki 5 seris dah aku ni..... 
Disebabkan Sms tadi..teringat aku pada Mak dan abah di kampung. 
Seumur hidup aku ini belum pernah lagi merasa sambut hari jadi. Aku sendiri pun tidak pernah meraikankan harijadi mak dan bapa aku. Memang tidak pernah diajar..Tarikh lahir mereka pun aku tak pernah ambil tahu. Anehkan ??? tidak macam generasi Facebook sekarang ni.
Pernah suatu hari masa zaman kanak kanak aku semasa sekeluarga berkumpul minum petang , adik lelaki aku pernah bertanya pada Abah kenapa kita tidak pernah buat majlis hari jadi? 
Kata bapa aku "Bukan budaya kita". Kamu ni anak yang degil, malas belajar, Abah sudah pesan jangan mandi parit kamu tetap pergi mandi juga...orang macam ini nak suruh Abah sambut hari jadi dia setiap tahun! Tak guna nak raikan orang yang degil, Orang yang tidak mahu berubah! 
Abah aku ni memang orang yang cakap berterus terang , memang tidak ada bahasa berlapik kata orang.
Sepatutnya setiap hari lahir orang yang hendak diraikan, diberi hadiah bukannya kamu! tetapi emak kamu yang patut dipeluk cium diucapkan Terimakasih kerana orang tua itu yang bersabung nyawa melahirkan kamu. Bukannya orang yang lahir diraikan...tapi orang yang melahirkan kamu sepatutnya diraikan..Faham tak!!
Aku gelak tengok adik aku terpinga pinga kena leter dengan Abah.

Wednesday 29 August 2012

Mercedes SLK

Malam Raya bila sudah berkumpul anak cucu bapa aku.... Tajuk perbualan yang hanggat...heboh cerita pasal bapa aku baru beli Mercedes SLK 250 yang baru. Ramai yang tidak setuju dengan tindakan bapa aku beli Mercedes Spot. 
Ramai yang bersunggut kata mereka bapa aku sudah buang tabiat hendak menjadi orang muda , Kenapa tidak beli S series atau CLS series ?. Ada yang sampai malu bila kebanyakan orang kampung tersenyum sumbing melihat orang tua berumur lebih dari 70 tahun bergaya dengan kereta spot yang harganya melebihi dari 300K.
Aku buat tak peduli saja malam itu dengan semua gosip gosip sambil menonton TV, maklum sajalah dalam rumah aku itu memang ramai adik adik perempuan.
Sampailah Emak aku menarik perhatian aku bertanyakan pendapat aku berkenaan dengan kereta itu. Kata Emak "Cuba tanya pandangan Along pasal Abah beli kereta Spot?".
Bapa aku ada kat sebelah sambil buat muka selamba dia saja. 
Kata aku" Pada pendapat aku ada 2 benda saja dalam fikiran aku.

  1. Pada aku Biarlah orang tua tu enjoy dengan duit hasil titik peluh dia, dia nak beli apa pun dia punya suka, engkau orang peduli apa? lebih baik berkereta baru dari berbini baru!.
  2. Pada aku apa saja kereta 2 pintu ini kebanyakan orang selalu salah anggap. Pada aku kereta spot ini memang designnya untuk orang tua tua seperti bapa aku ini.  sebabnya bila kita sudah tua ..mana ada anak anak yang hendak mengikut kita lagi, kemana saja pergi cuma berdua dengan isteri saja, paling tidak pun cuma ada la seorang dua cucu yang mengikut. itu sebabnya tidak perlu beli kereta yang besar besar. Memang kereta tu kecil dan selesa untuk pemanduan orang tua tua. Senang nak Parking. Aku pun kalau sudah masuk umur 50 tahun ,aku akan pakai SLK atau CLK. Mudah mudahan...
Malam itu Bapa aku tersenyum lebar kerana Along beri sepenuh sokongan pada dia dan dapat merubah pandangan seluruh seisi keluarga.

Wednesday 6 June 2012

Siapa lebih tinggi Value

Cerita pasal Value lebih tinggi sering dikaitkan dengan "Rare" kalaulah boleh bercakap di antara Enamel sign, Tin sign dan cardboard!!!


 Kata Enamel" Value aku lebih tinggi dari tin dan Cardboard kerana aku yang paling lama dan yang paling cantik, lebih colour lebih tinggi nilai aku.
Selain dari itu pupusnya aku kerana aku juga menjadi mangsa untuk dijadikan bahan membuat dinding serta bumbung rumah atau kedai.
 Aku adalah yang paling rare kerana tidak banyak besi seperti aku yang tinggal sekarang ini kerana pada WW1 dan WW11 aku telah banyak dileburkan untuk dibuat senjata dan kereta kebal. Tambahan pula pada olimpik di China yang lalu banyak besi diperlukan untuk pembinaan stadium jadi harga dipasaran dunia meningkat dan permintaan di kedai besi buruk telah meningkat naik dengan mendadak mengakibatkan enamel lagi bertambah berkurangan.
 Selain dari itu aku adalah sign yang paling susah untuk dibuat, ramai juga perkerja kilang menjadi cacat akibat asid yang digunakan untuk menghasilkan aku.


Kata Tin sign " aku lagi rare sebab cuaca di Malaya ini tidak mengizinkan aku bertahan dengan condition yang cantik dengan lebih lama. aku mudah berkarat, mudah reput ,jadi value aku semestinya lah lebih tinggi sebab aku lebih mudah pupus. 
Kalau Enamel sign walaupun100 tahun usianya masih boleh bertahan , walaupun condition kurang memuaskan kerana hujan panas tetapi ia tetap boleh nampak tidak seperti tin sign aku.


Kata Cardboard pula "aku lagi rare sebab aku memang mudah rosak,  mudah di Luluhawa.
Cuaca di Malaya ini lebih memudahkan aku rosak.
Tambahan pula sejarah di Malaya ini telah berlaku 2 banjir yang besar yang telah banyak tenggelamkan bandar bandar besar seperti KL dan Ipoh, ada yang sampai keparas bumbung bangunan.
 Di tambah lagi banyak kedai lama telah dicat baru, habis aku di buang.
 Banyak juga Pekan lama Kedai kayu dirobohkan untuk dibuat bangunan batu, ada juga yang terbakar jadi usia aku memang pendek.
Satu lagi yang menjadi masalah berkurangannya aku bila perniagaan telah bertukar., dari kedai runcit atau kedai kopi telah bertukar kepada kedai Handphone atau cybercafe. Jadi aku memang tidak bertahan lama.


Tapi kata aku "yang cukup beruntung adalah collector yang banyak mengumpul ketiga tiga benda benda ini".

Saturday 2 June 2012

Cuti Sekolah

Tiap kali musim cuti sekolah teringat aku di masa dahulu kerana masa inilah dapat berkumpul di rumah Tok bersama dengan sepupu yang lain. Bestnya bercuti di rumah Tok kerana aku cucu kesayangan dia.
Kampung Sungai Burung Tanjung Piandang. Tak ada jalan kereta ,nak masuk kedarat terpaksa berjalan atas titi papan sejauh 6 batu kalau bernasib baik boleh tumpang saudara naik perahu. Tidak ada eletrik dan tidak ada air paip
Kalau musim potong padi boleh berkubang menimba ikan di bendang, di Telaga. Setidak tidak pun boleh memancing ikan di Tali air
Anak sekarang ini dah tak merasa semua tu.
Apa yang mengingatkan aku sangat pada suatu pagi, kebiasaannya bila tidur rumah tok di waktu subuh saja dalam pukul 6 pagi, kelambu digoyang, dikejutkan supaya mandi, sembahyang subuh. Tapi pada pagi itu selepas sembahyang , bersarapan aku dan sepupu di beritahu rumah dimasuki pencuri. Aku bertanya mana dia pencuri tu Tok. Tok cakap tu..kat laman rumah..Aku menjenguk dari beranda, Pencuri tu terterap pengsan.
Bila hari sudah cerah aku lihat pencuri berlumuran darah calar balar penuh muka dan badan. Tok aku kejutkan Pencuri yang malang itu di tangannya menggengam seutas rantai arwah. Tok bertanya "kenapa hang tidur atas laman aku ni..apa pasal tak lari.."katanya lepas masuk mencuri..bila nak keluar ikut tingkat..dia nampak laut terbentang luas di hadapan dia , lalu dia terjun ikut tingkap dan berenang.semalaman sampai kepenatan...jadi itu sebabnya badan dia habis bercalar berdarah berenang atas batu di laman rumah. Tapi Tok tak pukul orang itu, diambilnya kembali rantai dan dihalaunya orang itu.
Peristiwa itu cukup mengingatkan aku bertapa hebatnya orang dulu. Rumah tak payah berpagar berbelanja ribuan ringgit. 
Tapi sayang kebanyakan kelebihan yang ada pada orang orang lama itu tidak diperturunkan pada anak cucu mereka.

Wednesday 30 May 2012

Collect Poster

Ada kawan minta pandangan aku tentang bagaimana kalau nak menilai sesuatu collection Poster wayang canvas sebab aku pun memang collect poster wayang jadi boleh cakap sikit tentang bagai mana aku menilai sebelum aku beli. 
Pada aku Poster wayang canvas dengan enamel sign adalah sesuatu character yang berbeza dan di 2 dunia yang berlainan.
Kalau enamel sign yang ditulis "State Express".orang sudah tahu ini iklan rokok sebab nilai dan character sangat kuat memang ada di situ. 
Berbanding dengan sehelai Poster canvas kalau cuma ditulis "Filem Lancang kuning" tidak akan ada nilai di atas sekeping canvas sebab nilai sebenarnya selain pastikan benda itu bukan repro, ia akan terletak pada wajah Hero dan Heroin dalam poster itu maksudnya kalau filem Lancang Kuning muka Nordin Ahmad dan Latifah Omar mesti menjadi keutamaan sebab character , Weight dan value poster memang letak pada itu. kalau muka Nordin Ahmad atau heroin dah macam muka Lahop lahabau, pada aku itu sudah kira gagal. Patut buat kain basahan saja.
Mungkin Kalau di tulis "Filem Lan cau Kuning" muka hero dilukis berlainan mungkin boleh diterima.
Kita collect Poster bukan nak collect yang error , ini bukan collect duit sebab muka hero mesti nak sebiji muka hero , begitu juga dengan pelakun yang lain. 
Tapi kalau sekeping Poster yang di beli dengan harga ratusan ringgit saja lantak.... kaulah tak salah pun.... kalau sekadar nak buat barang koleksi.
Banyak poster yang pernah aku pernah jumpa terpaksa aku abaikan sebab character yang tak cukup kuat.



Saturday 19 May 2012

Orang Kita

Semalam di tempat kerja sempat aku bersembang dengan Legendary Manchester City Mr.Peter Barns. 
Pembuka kata dimulakan dengan pertanyaan " kamu main sukan Apa?" dan "Hobi di masa lapang kamu buat apa ". memang banyak kali aku dapat soalan begini dari orang Putih. Terpikir pulak aku..memang bangsa mereka ni memang titik beratkan kesihatan , orang yang tak bersukan itu dianggap orang yang tidak mempunyai kehidupan yang sempurna dan pada mereka keperibadian dan perwatakan seseorang itu terletak pada sukan yang dimainkan.


Pagi ini teringat aku pada orang orang seMalaysia dengan aku , tiap kali bersuara saja tanya pasal sudah makan Ke?...makan kedarah yang dipentingkan sangat!,  kerja kat mana?, Tinggal dimana?, anak sudah berapa?.dan memang banyak lagi soalan yang memang boleh di agak akan ditanya..
Kadang kadang dik kerana terlalu ramahnya orang kita ini, dia tengok awak tengah menyuap makanan kat mulut pun dia masih hendak menyapa" makan ke bang?" selalunya aku senyum saja tapi di dalam hati selalu berkata" Apa ke bahalolnya orang ni..tak nampak ke aku tengah buat apa".lagi mau tanya.
 Satu lagi pasal makan yang aku tak boleh tahan , setiap hari di tempat kerja dari pukul 12.30 sehingga pukul 3 petang , soalan yang selalu kita dapat "Dah Makan Ke???, kadang kadang terpikir di kepala nak tulis note atas kertas dan dilekatkan pada baju 
"Aku sudah makan". Supaya soalan bodoh itu tak perlu aku jawab berkali kali .
Tetapi lebih menyakitkan hati lagi bila tengah malam kita terpacak kat office..masih ada orang yang menyapa "kerja ke bang?" kadang kadang angin aku tak baik memang jawapannya " Apa ke bodoh punya soalan..kau ingat saja saja aku nak datang ke... di tengah malam buta ni kalau cuti"!
Tapi apa nak dibuatkan sudah kehidupan ...memang orang kita masih banyak lakukan amalan yang tak bertempat.

Tuesday 15 May 2012

Poster MFP dan Cathay Kris

Semalam ada seorang runner call minta nak beli poster wayang Filem Hang Jebat dan Hang Tuah dari aku. Katanya ada collector yang mampu bayar berapa saja harga yang hang minta. 
Janji hang ada niat nak jual saja. Itu sudah memadai pada dia !!!
Aku pun buka satu harga untuk sepasang Poster size 4 kaki X 3 kaki.
Sampai sekarang orang kampung cakap ...lari tak jumpa tangga......terus senyap.
Tu la..lain kali jangan cakap besar sangat..
jangan sangka orang yang berdiam diri itu tak tahu apa apa.

Tuesday 17 April 2012

The End

Blog Free Sentuhan Malaya telah mencecah 1GB. Jadi tamat sampai di sini sahaja.Terima Kasih diatas sokongan anda semua
Ini kisah masyarakat tempat aku yang selamba tidak ambil kisah
Lepas tamat persekolahan aku berkerja di Pulau. Jadi setiap hari aku akan bermotosikal menaiki feri, dalam masa 2 tahun aku berulang alik, aku pernah sekali terserempak peristiwa orang terjun dari Feri hendak membunuh diri. 
Kalau di dalam Feri motorsikal akan di tempatkan di bahagian belakang, kebiasaannya bila feri mula bergerak kebanyakan penunggang akan duduk di atas motosikal buat hal masing masing. Suatu petang sedang aku relax tiba tiba kedengaran seorang lelaki lingkungan 30an berdiri diatas tembuk di sebelah tepi feri memekek melolong memaki hamun seorang diri hendak membunuh diri. Orang sekeliling termasuk aku terkejut tapi cuma tersenyum melihat gelagat orang itu tak angkat pot !!. Buat tak peduli.
Ada Pakcik di sebelah aku memekek " Terjun la.. kalau mau mampus..apa aku peduli". Ada Mamat lain pulak bermekek" kalau mau mampus jangan terjun tepi Feri...terjun ikut belakang feri..belakang feri ada kipas..lagi cepat lu mampus, tak payah menyusahkan orang."Ramai yang selamba gelak besar tak tunjuk rasa simpati langsung. 
Kalau tanya aku pun..P..mampus lah.... kalau hang nak mampus sangat ..aku peduli apa???.
Tapi petang itu memang Mamat itu nekad terjun ke laut tapi melalui tepi feri. Tak seorang pun dalam feri itu angkat pot. Ramai termasuk aku bantai gelak!!!. selang beberapa minit Mamat yang terjun tadi melambai tangan meminta tolong...mungkin dia telah ubah fikiran tak mau mati lagi? ..Bila feri diberhentikan Pegawai bertugas melontar pelampung keselamatan ada seorang pelancung Mat Saleh terjun ke laut selamatkan mamat itu.
Yang bestnya bila mamat itu dinaikkan kedalam feri ...ramai yang maki hamun dia kata menyusahkan orang. 
Hari itu memang baru aku nampak ramai orang di tempat aku ini yang bersikap "ada aku kisah" !!

Monday 16 April 2012

Saturday 14 April 2012

Kisah Monyet masuk perangkap
Semalam baca dalam akhbar banyak patung harimau terjual kerana berjaya digunakan untuk menghalau monyet dari merosakkan tanaman, Jadi teringat aku di masa sekolah dulu setiap kali musim buah buahan aku dan kawan selalu balik rumah mengikut jalan jauh kerana hendak melalui dusun Pak Syed untuk melihat perangkap sangkar yang dipasang untuk memerangkap monyet bodoh. Aku cakap monyet bodoh kerana monyet yang bodoh sahaja yang selalunya akan masuk perangkap Pak Syed. 
Tapi yang aku dan rakan tidak boleh tahan sekali kerana umpan yang digunakan oleh Pak Syed bukannya buah buahan kerana buah buahan memang banyak diatas pokok, umpan yang Pak Syed gunakan untuk memerangkap Monyet adalah gambar calender perempuan seksi berbikini dimasukkan kedalam plastik dan digantungkan di dalam sangkar.. Memang kelakar lihat spesis Monyet yang gila gambar perempuan seksi masuk perangkap.
Sampai sekarang ini bila ternampak calender perempuan seksi saja, aku akan teringat kisah monyet bodoh masuk perangkap Pak Syed. 
  Kata kawan aku ....manusia pun ada yang spesis macam tu juga!!

Tuesday 10 April 2012

Anak Yatim

Kisah ini 7 tahun yang lalu pada hari ahad di tempat kerja. Kawan saya ada membawa seorang anak lelaki berumur 6 tahun bersamanya dan ditinggalkan di Crew room, disuruhnya menonton Tv sementara dia pergi masuk ke pejabat, kebetulan saya berada di dalam Crew room. 
Masuk seorang cleanner Bibik Indonesia hendak menyapu sampah bertanyakan anak siapkah ini? saya jawab anak Yatim.. Ditinggalkannya penyapu dan terus Bibik itu memeluk , mencium katanya kasihan anak ini.......dibuatkannya air minum serta diberikannya biskut. budak itu pula jenis pendiam..senyum saja. Sambil menonton Tv saya tersenyum melihat gelagat Bibik...dalam hati saya mungkin dia rindu sangat dengan anaknya di kampung. 
Sambil mengusap usap bubun anak kawan itu aku lihat bertenang air matanya katanya kasihan...dikeluarkan wang $10 dimasukkan kedalam poket anak itu.Katanya buat belanja sekolah.
Selang beberapa minit masuk kawan aku itu. Aku pun cakap kat Bibik " inilah bapa dia...Namanya Mat Yatim Mat Ali, Enginnior kat sini" Aku gelak besar..Bibik itu pun tersenyum sipu..saya ingatkan anak ini anak Yatim..aduh..... Ketawa besar dia...aku pun .."memang la..ini anak yatim...Anak Mat yatim....Tak boleh tahan aku...gelak besar
Satu hari aku senyum sendiri.

Sunday 8 April 2012

Beli barang

Salah interpertasi selalu menjadi masalah kalau kita beli barang melalui telefon walaupun kita telah melihat barang yang hendak dibeli didalam mms. Kesilapan yang begitu ketara bila di kategorikan persentage condition. selalunya dalam condition dikatakan 80% tetapi bila sampai ,kita anggap conditionnya 60% saja. Ada juga dikatakan material cardboard tetapi yang sampai depan mata kita polycarbinet ,begitu juga aluminium dikhabarkan cast iron.
Kalau beli signboard sekarang ini pun selain condition, mesti kena tanya berapa persent original. berapa persent touchup, berapa persent besi yang tinggal.? berapa persent karat? sekurang kurangnya bagi panduan walaupun kita tahu jawapan yang diberi kebanyakannya tidak betul.
Sebaiknya kita beli barang bila ada depan mata , puas hati baru bayar duit.
Tetapi yang lebih kurang ajar sekali bila duit sudah dibank in tetapi barang lesap , orang yang menjual pun tak nampak bayang, handphone pun dimatikan
Tapi agak menghairankan juga ada manusia jenis begini masih hidup dengan keadaan selesa dengan hasil menipu orang. Mungkin juga disebabkan ada jenis manusia yang memang rela diri ditipu, walaupun telah beberapa kali ditipu masih tetap menhulur tengkok untuk ditipu. Wallahhuallam

Monday 2 April 2012

Foto sign

1950's 

Foto

1 lot gambar size 3in X 2.5in, paling besar 6in X 8in. 





Lukisan anak

Kadang kadang suatu benda yang berharga itu tidak semestinya kita perlu bayar dengan harga yang tinggi.
Lukisan anak adalah Satu benda yang selalu saya tidak akan lepaskan peluang apabila anak anak berumur 3 tahun sehingga 6 tahun. Selalunya saya akan suruh mereka melukis gambar saya dan gambar sekeluarga. Memang ada banyak lakaran mereka di dalam simpanan saya.
Memang ia menjadi kenangan yang teramat indah bila dapat melihat lukisan yang dilakarkan menurut imigenasi mereka. 
Lukisan dibawah ini dilukis oleh anak ketika berusia 5 tahun, kini anak saya ini sudah berumur 17 tahun dan 16 tahun.
Saya harap pembaca blog saya ini pun tidak akan melepaskan peluang yang pernah saya lakukan.





Friday 30 March 2012

The Standard Aerated Water Factory

Codd bottles “THE STANDARD AERATED WATER FACTORY.” Reverse side near base embossed “A. ALEXANDER & CO. / LEEDS & LONDON.” . Both bottles were made by A. Alexander & Company of Leeds London.  Date before 1921, the year Alexander & Company closed.



Wednesday 28 March 2012

My Hero's

Aku masih lagi simpan sehingga kehari ini stiker Hero kebanggaan aku.
Di tahun 1980 kelayakan Olympic Moscow, Ovaltine pernah mengeluarkan stiker Hero Hero Bolasepak yang cukup membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Pengaruh mereka cukup kuat pada aku dan rakan sekampung pada ketika itu dan kelibat aksi di padang masih segar di ingatan aku sampai kehari ini.










Tuesday 27 March 2012

sembang kosong

Semalam hari cuti aku, aku pergi melepak dekat kedai antiq berhampiran dengan rumah, kebiasaannya aku akan dapat kenalan baru disini. kebetulan ada seorang collector yang tiba tiba membebel membuka perbualan dengan aku.
katanya ada kenkawan bising bila dia beli sign repro " Duit aku.... aku punya suka la, apa hal kau orang nak peduli" Betul tak abang?
Jawab aku "memang betul tu..duit hang ,Hang punya pasal , aku pun peduli apa"
Dia ketawa besar.!
Kata aku..Tapi kalau hang tanya aku, Ini bukan nasihat tapi pandangan aku..sebab aku pun collect signbord. " kalau hang tak mampu nak beli sebuah beg jenama LV dengan harga RM30,000, hang boleh beli beg repro dengan harga RM150, pakailah sampai koyak rabak, Orang bukan kisah sebab memang itu kemampuan hang. Tapi kalau hang beli 1 keping sign repro dengan harga RM600 sedangkan yang ori boleh beli dengan harga RM1600, itu sudah salah kira kira dik!! pada aku 10 keping hang gantung kat dinding rumah dan hang sudah habiskan RM6000, tak akan sama dengan nilai 1 keping yang Original dik!
dan value yang ori makin meningkat dik..100 keping cermin repro takkan sama dengan sekeping cermin ori dik , walaupun cermin ori itu bersopak !
Rasa aku daripada hang beli sampah..lebih baik duit tu hang sedekah pada anak anak yatim, besar menafaatnya dari beli benda yang menjatuhkan value duit hang.
Tapi dah hang punya duit, P... mampus lah dengan hang punya duit , aku pun tak kisah!!!
Tapi disebabkan mungkin dilihatnya badan dan tapak tangan aku ni 2 kali gandanya lebih besar dari dia, dia senyum sumbing saja. tak berkata apa apa. Sambil menghisap rokok dengan sedutan yang sangat panjang.

Monday 26 March 2012

Persoalaan?

Apabila tin karat,kertas, kotak kayu dan besi buruk telah ditukar menjadi Ringgit.
Apabila hasil besi buruk dapat menghantar kedua ibu bapa mengerjakan umrah!!
Persoalan yang cukup menarik bila aku pernah diboikot oleh sanak saudara tidak mahu bertandang kerumah aku kerana kata mereka aku sekeluarga hidup dalam longgokan sampah.

















Saturday 24 March 2012

7UP

Tin sign 1950's 7UP 14in X 30in. 
condition seperti yang anda lihat. 
Kalau tak mahu yang karat, anda boleh tempah suruh apek lukis semula. .

Tin Rokok

Sesuatu yang lama tapi menarik bila di display