Thursday 26 January 2012

Semasa makan malam anak aku yang tingkatan 2 menerangkan maksud Hukum Karma pada adiknya. Katanya Hukum Karma bermaksud Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan dan Perbuatan yang jahat akan dibalas dengan kejahatan. maksudnya kalau seseorang itu terlalu banyak makan duit haram atau hasil menipu orang. balasannya perutnya akan menjadi busung atau kenser.,
Terpikir pulak aku.....macam pernah aku dengar terjadi kejadian ini.

Monday 23 January 2012

F&N 400ml

Di tahun 1973 pernah keluar botol 400ml logo singa putih. Embos SG dan tahun tertera pada tepi botol dan bukan di bontot botol.

Mengimbas kembali

Aku ini berkerja di sebuah Station TV sukan .
Mengimbas kembali di masa Komenwel Game ,Asia Game dan Sea Game tak kala setiap kali bila Malaysia memenangi pingat emas maka berkumandanglah lagu Negara Ku dialunkan di kaca TV.
Bila setiap kali terdengar saja lagu Negara Ku, boleh di katakan kesemua rakan sepejabat akan berdiri tegak mengadap TV memberi hormat pada lagu tercinta...ada juga yang turut dengan penuh semangat berdiri tegak seiring mengalunkan lagu.
Memang aku kagum!!!!!!
Cuma aku saja yang selalu memandang dari jauh buat tak perduli. Jadi orang yang tak angkat pot!
Ada juga suara sindiran menyindir aku mengatakan "kalau bangsa kita tak hormat lagu Negara Ku , kita nak harapkan bangsa mana lagi?"
Tapi dalam hati aku selalu berkata.." Alangkah baiknya kalau orang dalam opis aku ini....... bila mereka dengar Azan di syahdukan , menyeru mengerjakan sembahyang, mereka semua terus berlari ke surau atau Masjid atau setidak tidaknya terus kerjakan sembahyang bila tepat masuk waktunya semacam mereka menghormati lagu kebangsaan"
Wallahhuallam!

Sunday 22 January 2012

Wednesday 18 January 2012

Mirinda M

Mirinda M no 3 dan no 4. Tahun 1960's . Perbezaan diantara no 3 dan no 4 pada TRMK REGD chinese character.




Monday 16 January 2012

Flea Market

Sudah lama aku tidak ke flea Market, semalam baru ada kesempatan berjumpa rakan dealer . Seorang kawan dealer ni dulu sebelum kawin apa saja barang lama asal jadi duit semuanya dijual, tak tunggu lama.
Tapi sekarang sejak berumahtangga ni ,sejak rajin berkebun, mengusahakan ladang bercucuk tanam,  sudah cerdik sedikit, tak semua barang untuk dijual. kalau dapat barang yang cun nak simpan dulu, Ada harga baik baru hendak jual. Mungkin juga anggota dan otaknya sudah dapat baja yang sesuai dan sihat untuk mindanya.
Macam tu la saudagar..bila jual barang tak perlu terburu buru..baru orang tak boleh nak tekan kepala kita.



Saturday 14 January 2012

Wednesday 11 January 2012

Monday 9 January 2012

Botol

Cerita pasal Botol.......! 
Ini sebahagian dari botol bodoh yang aku bersama sahabat karib pernah selamatkan sebelum Mercu Tanda dirobohkan menyembah bumi.



Sunday 8 January 2012

Pengalaman di sebuah Restoran

Kisah ini pengalaman aku makan di sebuah Restoran di Negara jiran. 
Aku ini jenis orang yang amat cerewet pasal makan. Kalau tak sedap, aku memang tak kan makan. 
Makan tengahari aku bersama kawan di sebuah Restoran .Ramai juga pelanggan di dalamnya, kawan aku oder nasi goreng dan aku memesan nasi putih sup daging. lepas 15 minit menunggu makanan pun dihidangkan.
Kebiasaannya bila dapat sup aku pun ambil sudu untuk merasa kuahnya. Bila aku rasa sesudu terus aku tolak ke tepi. Tak boleh masuk sebab lada putihnya terlebih .Mungkin tidak kena dengan selera aku, dalam hati aku ''gagal lunch aku hari ini." tapi aku tak berapa nak kisah sangat sebab aku ambil heavy breakfest pada paginya.. sambil bersembang dengan kawan ternampak kelibat 2, 3 orang waiter lalu lalang sambil memerahatikan meja aku. 
Selang beberapa minit datang seorang Captain(ketua Pelayan) bertanyakan kepada aku " bolehkah saya bantu encik tentang makanan encik.? Aku cakap ,aku tak boleh makan , tak kena dengan selera aku. tapi tidak mengapa aku sudah hilang selera makan..
Captain itu berlalu dengan rasa bersalah dan memohon maaf. 
Aku pun tak lah berapa nak kisah sangat tentang makan tu, sambil berbual dengan kawan..muncul pula Chef Restoran di sisi meja. mohon ribuan maaf , meminta penjelasan tentang sup yang dihidangkan . Setelah aku terangkan , beliau meminta kebenaran hendak buat semangkok lagi sup untuk aku ataupun aku boleh memesan makanan yang lain. Tengokkan kesungguhan perkerja Restoran itu aku pun minta di meng repair sup daging itu dengan meletakkan lada hitam dan bukan lada putih. 
dalam 10 minit sampai sup dan dihantar oleh Chef itu sendiri sambil berdiri menunggu aku merasa sup yang telah direpair. Beliau menunggu sehingga aku cakap ok . Beliau dengan rendah hati bersungguh memohon maaf dan merasa lega dihati. Melihatkan layanan yang diberi, aku pulak yang rasa bersalah . Memang Hebat!
Aku ingatkan habis setakat itu..setelah aku dan kawan selesai makan ...muncul pula Pengurus Restoran datang memohon maaf pada aku, katanya kerana sedikit masalah...makan dan selera aku terganggu. dan makanan hari itu aku tak perlu bayar kerana mereka rasa sangat bersalah.


Di sini aku cuma nak share dengan kenkawan bukannya sebab aku dapat makan free...tetapi tentang betapa hebatnya servics yang telah diberikan tak tahulah bila akan dapat merasa di Tanahair sendiri.

Friday 6 January 2012

showcase

Pensil leg showcase 1940's. Jati. 
Size 19 in X 19in X 65in