Wednesday 29 August 2012

Mercedes SLK

Malam Raya bila sudah berkumpul anak cucu bapa aku.... Tajuk perbualan yang hanggat...heboh cerita pasal bapa aku baru beli Mercedes SLK 250 yang baru. Ramai yang tidak setuju dengan tindakan bapa aku beli Mercedes Spot. 
Ramai yang bersunggut kata mereka bapa aku sudah buang tabiat hendak menjadi orang muda , Kenapa tidak beli S series atau CLS series ?. Ada yang sampai malu bila kebanyakan orang kampung tersenyum sumbing melihat orang tua berumur lebih dari 70 tahun bergaya dengan kereta spot yang harganya melebihi dari 300K.
Aku buat tak peduli saja malam itu dengan semua gosip gosip sambil menonton TV, maklum sajalah dalam rumah aku itu memang ramai adik adik perempuan.
Sampailah Emak aku menarik perhatian aku bertanyakan pendapat aku berkenaan dengan kereta itu. Kata Emak "Cuba tanya pandangan Along pasal Abah beli kereta Spot?".
Bapa aku ada kat sebelah sambil buat muka selamba dia saja. 
Kata aku" Pada pendapat aku ada 2 benda saja dalam fikiran aku.

  1. Pada aku Biarlah orang tua tu enjoy dengan duit hasil titik peluh dia, dia nak beli apa pun dia punya suka, engkau orang peduli apa? lebih baik berkereta baru dari berbini baru!.
  2. Pada aku apa saja kereta 2 pintu ini kebanyakan orang selalu salah anggap. Pada aku kereta spot ini memang designnya untuk orang tua tua seperti bapa aku ini.  sebabnya bila kita sudah tua ..mana ada anak anak yang hendak mengikut kita lagi, kemana saja pergi cuma berdua dengan isteri saja, paling tidak pun cuma ada la seorang dua cucu yang mengikut. itu sebabnya tidak perlu beli kereta yang besar besar. Memang kereta tu kecil dan selesa untuk pemanduan orang tua tua. Senang nak Parking. Aku pun kalau sudah masuk umur 50 tahun ,aku akan pakai SLK atau CLK. Mudah mudahan...
Malam itu Bapa aku tersenyum lebar kerana Along beri sepenuh sokongan pada dia dan dapat merubah pandangan seluruh seisi keluarga.