Saturday, 2 June 2012

Cuti Sekolah

Tiap kali musim cuti sekolah teringat aku di masa dahulu kerana masa inilah dapat berkumpul di rumah Tok bersama dengan sepupu yang lain. Bestnya bercuti di rumah Tok kerana aku cucu kesayangan dia.
Kampung Sungai Burung Tanjung Piandang. Tak ada jalan kereta ,nak masuk kedarat terpaksa berjalan atas titi papan sejauh 6 batu kalau bernasib baik boleh tumpang saudara naik perahu. Tidak ada eletrik dan tidak ada air paip
Kalau musim potong padi boleh berkubang menimba ikan di bendang, di Telaga. Setidak tidak pun boleh memancing ikan di Tali air
Anak sekarang ini dah tak merasa semua tu.
Apa yang mengingatkan aku sangat pada suatu pagi, kebiasaannya bila tidur rumah tok di waktu subuh saja dalam pukul 6 pagi, kelambu digoyang, dikejutkan supaya mandi, sembahyang subuh. Tapi pada pagi itu selepas sembahyang , bersarapan aku dan sepupu di beritahu rumah dimasuki pencuri. Aku bertanya mana dia pencuri tu Tok. Tok cakap tu..kat laman rumah..Aku menjenguk dari beranda, Pencuri tu terterap pengsan.
Bila hari sudah cerah aku lihat pencuri berlumuran darah calar balar penuh muka dan badan. Tok aku kejutkan Pencuri yang malang itu di tangannya menggengam seutas rantai arwah. Tok bertanya "kenapa hang tidur atas laman aku ni..apa pasal tak lari.."katanya lepas masuk mencuri..bila nak keluar ikut tingkat..dia nampak laut terbentang luas di hadapan dia , lalu dia terjun ikut tingkap dan berenang.semalaman sampai kepenatan...jadi itu sebabnya badan dia habis bercalar berdarah berenang atas batu di laman rumah. Tapi Tok tak pukul orang itu, diambilnya kembali rantai dan dihalaunya orang itu.
Peristiwa itu cukup mengingatkan aku bertapa hebatnya orang dulu. Rumah tak payah berpagar berbelanja ribuan ringgit. 
Tapi sayang kebanyakan kelebihan yang ada pada orang orang lama itu tidak diperturunkan pada anak cucu mereka.

Wednesday, 30 May 2012

Collect Poster

Ada kawan minta pandangan aku tentang bagaimana kalau nak menilai sesuatu collection Poster wayang canvas sebab aku pun memang collect poster wayang jadi boleh cakap sikit tentang bagai mana aku menilai sebelum aku beli. 
Pada aku Poster wayang canvas dengan enamel sign adalah sesuatu character yang berbeza dan di 2 dunia yang berlainan.
Kalau enamel sign yang ditulis "State Express".orang sudah tahu ini iklan rokok sebab nilai dan character sangat kuat memang ada di situ. 
Berbanding dengan sehelai Poster canvas kalau cuma ditulis "Filem Lancang kuning" tidak akan ada nilai di atas sekeping canvas sebab nilai sebenarnya selain pastikan benda itu bukan repro, ia akan terletak pada wajah Hero dan Heroin dalam poster itu maksudnya kalau filem Lancang Kuning muka Nordin Ahmad dan Latifah Omar mesti menjadi keutamaan sebab character , Weight dan value poster memang letak pada itu. kalau muka Nordin Ahmad atau heroin dah macam muka Lahop lahabau, pada aku itu sudah kira gagal. Patut buat kain basahan saja.
Mungkin Kalau di tulis "Filem Lan cau Kuning" muka hero dilukis berlainan mungkin boleh diterima.
Kita collect Poster bukan nak collect yang error , ini bukan collect duit sebab muka hero mesti nak sebiji muka hero , begitu juga dengan pelakun yang lain. 
Tapi kalau sekeping Poster yang di beli dengan harga ratusan ringgit saja lantak.... kaulah tak salah pun.... kalau sekadar nak buat barang koleksi.
Banyak poster yang pernah aku pernah jumpa terpaksa aku abaikan sebab character yang tak cukup kuat.



Saturday, 19 May 2012

Orang Kita

Semalam di tempat kerja sempat aku bersembang dengan Legendary Manchester City Mr.Peter Barns. 
Pembuka kata dimulakan dengan pertanyaan " kamu main sukan Apa?" dan "Hobi di masa lapang kamu buat apa ". memang banyak kali aku dapat soalan begini dari orang Putih. Terpikir pulak aku..memang bangsa mereka ni memang titik beratkan kesihatan , orang yang tak bersukan itu dianggap orang yang tidak mempunyai kehidupan yang sempurna dan pada mereka keperibadian dan perwatakan seseorang itu terletak pada sukan yang dimainkan.


Pagi ini teringat aku pada orang orang seMalaysia dengan aku , tiap kali bersuara saja tanya pasal sudah makan Ke?...makan kedarah yang dipentingkan sangat!,  kerja kat mana?, Tinggal dimana?, anak sudah berapa?.dan memang banyak lagi soalan yang memang boleh di agak akan ditanya..
Kadang kadang dik kerana terlalu ramahnya orang kita ini, dia tengok awak tengah menyuap makanan kat mulut pun dia masih hendak menyapa" makan ke bang?" selalunya aku senyum saja tapi di dalam hati selalu berkata" Apa ke bahalolnya orang ni..tak nampak ke aku tengah buat apa".lagi mau tanya.
 Satu lagi pasal makan yang aku tak boleh tahan , setiap hari di tempat kerja dari pukul 12.30 sehingga pukul 3 petang , soalan yang selalu kita dapat "Dah Makan Ke???, kadang kadang terpikir di kepala nak tulis note atas kertas dan dilekatkan pada baju 
"Aku sudah makan". Supaya soalan bodoh itu tak perlu aku jawab berkali kali .
Tetapi lebih menyakitkan hati lagi bila tengah malam kita terpacak kat office..masih ada orang yang menyapa "kerja ke bang?" kadang kadang angin aku tak baik memang jawapannya " Apa ke bodoh punya soalan..kau ingat saja saja aku nak datang ke... di tengah malam buta ni kalau cuti"!
Tapi apa nak dibuatkan sudah kehidupan ...memang orang kita masih banyak lakukan amalan yang tak bertempat.

Tuesday, 15 May 2012

Poster MFP dan Cathay Kris

Semalam ada seorang runner call minta nak beli poster wayang Filem Hang Jebat dan Hang Tuah dari aku. Katanya ada collector yang mampu bayar berapa saja harga yang hang minta. 
Janji hang ada niat nak jual saja. Itu sudah memadai pada dia !!!
Aku pun buka satu harga untuk sepasang Poster size 4 kaki X 3 kaki.
Sampai sekarang orang kampung cakap ...lari tak jumpa tangga......terus senyap.
Tu la..lain kali jangan cakap besar sangat..
jangan sangka orang yang berdiam diri itu tak tahu apa apa.

Tuesday, 17 April 2012

The End

Blog Free Sentuhan Malaya telah mencecah 1GB. Jadi tamat sampai di sini sahaja.Terima Kasih diatas sokongan anda semua
Ini kisah masyarakat tempat aku yang selamba tidak ambil kisah
Lepas tamat persekolahan aku berkerja di Pulau. Jadi setiap hari aku akan bermotosikal menaiki feri, dalam masa 2 tahun aku berulang alik, aku pernah sekali terserempak peristiwa orang terjun dari Feri hendak membunuh diri. 
Kalau di dalam Feri motorsikal akan di tempatkan di bahagian belakang, kebiasaannya bila feri mula bergerak kebanyakan penunggang akan duduk di atas motosikal buat hal masing masing. Suatu petang sedang aku relax tiba tiba kedengaran seorang lelaki lingkungan 30an berdiri diatas tembuk di sebelah tepi feri memekek melolong memaki hamun seorang diri hendak membunuh diri. Orang sekeliling termasuk aku terkejut tapi cuma tersenyum melihat gelagat orang itu tak angkat pot !!. Buat tak peduli.
Ada Pakcik di sebelah aku memekek " Terjun la.. kalau mau mampus..apa aku peduli". Ada Mamat lain pulak bermekek" kalau mau mampus jangan terjun tepi Feri...terjun ikut belakang feri..belakang feri ada kipas..lagi cepat lu mampus, tak payah menyusahkan orang."Ramai yang selamba gelak besar tak tunjuk rasa simpati langsung. 
Kalau tanya aku pun..P..mampus lah.... kalau hang nak mampus sangat ..aku peduli apa???.
Tapi petang itu memang Mamat itu nekad terjun ke laut tapi melalui tepi feri. Tak seorang pun dalam feri itu angkat pot. Ramai termasuk aku bantai gelak!!!. selang beberapa minit Mamat yang terjun tadi melambai tangan meminta tolong...mungkin dia telah ubah fikiran tak mau mati lagi? ..Bila feri diberhentikan Pegawai bertugas melontar pelampung keselamatan ada seorang pelancung Mat Saleh terjun ke laut selamatkan mamat itu.
Yang bestnya bila mamat itu dinaikkan kedalam feri ...ramai yang maki hamun dia kata menyusahkan orang. 
Hari itu memang baru aku nampak ramai orang di tempat aku ini yang bersikap "ada aku kisah" !!

Monday, 16 April 2012

Saludor Cheavin's Filter

Mula diedarkan diseluruh dunia dari tahun 1890 sehingga 1950's.