Saturday 2 June 2012

Cuti Sekolah

Tiap kali musim cuti sekolah teringat aku di masa dahulu kerana masa inilah dapat berkumpul di rumah Tok bersama dengan sepupu yang lain. Bestnya bercuti di rumah Tok kerana aku cucu kesayangan dia.
Kampung Sungai Burung Tanjung Piandang. Tak ada jalan kereta ,nak masuk kedarat terpaksa berjalan atas titi papan sejauh 6 batu kalau bernasib baik boleh tumpang saudara naik perahu. Tidak ada eletrik dan tidak ada air paip
Kalau musim potong padi boleh berkubang menimba ikan di bendang, di Telaga. Setidak tidak pun boleh memancing ikan di Tali air
Anak sekarang ini dah tak merasa semua tu.
Apa yang mengingatkan aku sangat pada suatu pagi, kebiasaannya bila tidur rumah tok di waktu subuh saja dalam pukul 6 pagi, kelambu digoyang, dikejutkan supaya mandi, sembahyang subuh. Tapi pada pagi itu selepas sembahyang , bersarapan aku dan sepupu di beritahu rumah dimasuki pencuri. Aku bertanya mana dia pencuri tu Tok. Tok cakap tu..kat laman rumah..Aku menjenguk dari beranda, Pencuri tu terterap pengsan.
Bila hari sudah cerah aku lihat pencuri berlumuran darah calar balar penuh muka dan badan. Tok aku kejutkan Pencuri yang malang itu di tangannya menggengam seutas rantai arwah. Tok bertanya "kenapa hang tidur atas laman aku ni..apa pasal tak lari.."katanya lepas masuk mencuri..bila nak keluar ikut tingkat..dia nampak laut terbentang luas di hadapan dia , lalu dia terjun ikut tingkap dan berenang.semalaman sampai kepenatan...jadi itu sebabnya badan dia habis bercalar berdarah berenang atas batu di laman rumah. Tapi Tok tak pukul orang itu, diambilnya kembali rantai dan dihalaunya orang itu.
Peristiwa itu cukup mengingatkan aku bertapa hebatnya orang dulu. Rumah tak payah berpagar berbelanja ribuan ringgit. 
Tapi sayang kebanyakan kelebihan yang ada pada orang orang lama itu tidak diperturunkan pada anak cucu mereka.

No comments:

Post a Comment