Saturday 6 October 2012

Happy Birthday

Pepagi buta dalam pukul 6 , aku dikejutkan dengan sms dari anak ke 2 mengucapkan selamat Selamat hari lahir semoga hidup diberkati Allah, murah rezeki dan panjang umur. 
"Allah..Hari ini birthday aku la..." 
Sejak anak anak sudah meningkat dewasa ni baru dapat merasa ada orang yang ucap dan tolong ingatkan tarikh hari lahir aku. kalau tidak memang tak sedar masa berlalu. Dikirakan balik..... sudah hendak memasuki 5 seris dah aku ni..... 
Disebabkan Sms tadi..teringat aku pada Mak dan abah di kampung. 
Seumur hidup aku ini belum pernah lagi merasa sambut hari jadi. Aku sendiri pun tidak pernah meraikankan harijadi mak dan bapa aku. Memang tidak pernah diajar..Tarikh lahir mereka pun aku tak pernah ambil tahu. Anehkan ??? tidak macam generasi Facebook sekarang ni.
Pernah suatu hari masa zaman kanak kanak aku semasa sekeluarga berkumpul minum petang , adik lelaki aku pernah bertanya pada Abah kenapa kita tidak pernah buat majlis hari jadi? 
Kata bapa aku "Bukan budaya kita". Kamu ni anak yang degil, malas belajar, Abah sudah pesan jangan mandi parit kamu tetap pergi mandi juga...orang macam ini nak suruh Abah sambut hari jadi dia setiap tahun! Tak guna nak raikan orang yang degil, Orang yang tidak mahu berubah! 
Abah aku ni memang orang yang cakap berterus terang , memang tidak ada bahasa berlapik kata orang.
Sepatutnya setiap hari lahir orang yang hendak diraikan, diberi hadiah bukannya kamu! tetapi emak kamu yang patut dipeluk cium diucapkan Terimakasih kerana orang tua itu yang bersabung nyawa melahirkan kamu. Bukannya orang yang lahir diraikan...tapi orang yang melahirkan kamu sepatutnya diraikan..Faham tak!!
Aku gelak tengok adik aku terpinga pinga kena leter dengan Abah.

No comments:

Post a Comment