Monday 5 March 2012

Ketagihan

Bebarapa tahun dahulu semasa baru berjinak jinak menceburi bidang collectible ini aku pernah ditegur oleh seorang old timer uncle Koh, "U kalau mau main antiq collectible, U kena fikir betul betul kerana main benda ini dia macam kena drug. Satu kali sudah kena U susah mau tinggalkan". 
Di masa itu aku tidak faham apa yang di maksudkan oleh Uncle Koh.
Setelah beberapa tahun ceburi baru aku sedar apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh Uncle.
Macam kena dadah..susah nak tinggalkan. 
Banyak juga collector bila sudah jual barang mereka, termasuk aku sudah menjadi rutin ketagihan untuk collect kembali....memang susah nak ditinggalkan.
Tapi tak salah rasanya membuat sesuatu perkara yang boleh meragsang minda menjadikan diri bahagia walaupun untuk satu hari. Mudah mudahan dengan hobi ini seperti mendapat Vitamin yang boleh membahagiakan hidup dalam menempuh kehidupan seharian.

1 comment:

  1. kenyataan. x bole tengok barang lama. mesti nak singgah

    ReplyDelete