Sunday, 21 August 2011

Ini cerita Kaum sekampung aku di Parliman Permatang Pauh dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.
Sebagai seorang collector sebolehnya aku akan cuba pertahankan dan tingkatkan value barang yang aku collect yang pastinya kalau aku beli suatu koleksi itu dengan harga tembaga sudah tentu apabila aku hendak menjual nanti dapat kiranya dijual dengan harga emas. "Hajat seorang Collector" .Contohnya signbord walaupun harga sign makin hari makin meningkat dengan sendiri di seluruh dunia secara drastik dengan usaha yang sedikit aku berserta rakan cuba membeli sebanyak mungkin sign local yang keluar di Pasaran agar lambakan sekarang ini tidak akan menjejaskan harga yang sedia ada. Tahu sajalah bila dapat harga yang baik, barang pun keluar tiap tiap minggu. Memang sudah menjadi hukum alam apabila Penawaran sudah melebihi Permintaan sudah tentu harga akan jatuh. Lebih lebih lagi sign local ini kalau harga di sini kurang baik, tak ramai collector sanggup bayar, runner lebih rela jual keseberang, 
sebolehnya kita tidak mahu terlepas kenegara jiran. kalau sudah terlepas kita terpaksa membayar dengan harga berkali kali ganda untuk dibawa balik dan kalau tidak bernasib baik sign itu tidak akan dijual kerana jatuh ketangan collector yang kaya.
Usaha yang kecil ini terpaksa dilakukan demi menjaga value koleksi yang diminati dan setakat ini aku rasa usaha telah berjaya kerana sudah ada kesedaran tentang Value sign dan ada orang local telah mampu beli sign yang berharga sampai mencecah RM12K.
Bila aku fikirkan balik berlainan pula dengan satu Geng di dalam Kampung aku ini ,agak pelik sedikit samada secara sedar atau tidak mereka telah berusaha bersungguh dengan bangganya memberitahu semua orang cara mereka mendapat barang, dengan bangga tunjukkan quantiti lambakan koleksi yang mereka dapat. 
Satu benda yang sudah pernah dijual sehingga boleh mencecah satu RM1500 kini sudah tidak mahu dibeli orang. Sudah tidak bernilai lagi,  maklum sajalah apabila ditunjukan lambakan barang dapat secara percuma dan tiada usaha untuk meningkatkan value koleksi mereka, Mereka lebih suka menukar dari berurusan jualbeli, jadi kalau masih pakai sistem buter, value barang itu sudah pasti tidak akan meningkat.
Pada aku kalau kita collect sesuatu collection itu dengan nilainya tidak kemana, macamlah kita lambakan sampah bertimbun timbun di dalam rumah kita. 
Kasihan anak bini, mak bapa kita!!
Collect barang bertahun tahun kalau tak boleh buat duit pun tak guna juga..orang lain dapat jual koleksi mencecah jutaan ringgit, 
kita bertahun tahun cuma collect barang yang value nya sama macam sampah dan bila hendak jual bukannya orang nak tengok..orang jeling pun tidak. !!
Wallahuallam!!!



No comments:

Post a Comment