Thursday, 4 August 2011

Gold Flake enamel

Enamel ini tahun 1900

































Kisah sign ini
Pernah ada 2 orang collector datang rumah aku nak cari signbord kalau kalau ada yang terlebih untuk dijual.
Si kenalan yang datang dari jauh ni dah suka sangat dengan sign Gold Flake ini. Aku memang paham sangat bila orang dah jatuh hati hendakkan sesuatu..aku pun collector juga. 
Dia dah mula merayu minta nak beli , lama juga mengoreng aku, kalau nasi goreng tu dah kira rentung...hangit la.. melihatkan jam sudah pukul 1 pagi, esok aku nak kerja, malas nak cerita panjang, aku pun mula buka percakapan nak test standard dia, 
" kalau betul nak, berapa nak offer saya, kalau setakat ratus ratus simpan saja duit tu.. tak jual pun tak apa,biarlah dia tergantung kat situ, saya nak dengar dulu offer abang , kalau ok saya bagi."
Katanya "wah , besi ni pun nak ribu ka? aku ingat dalam $400 saja " Aku up bagi $500 tak boleh ka?" sign ni pun bukannya condition 100% ?. 
Aku gelak besaq! Nak halau keluar rumah kesian pulak dah pagi buta , jadi aku cakap kat dia, " kalau abang nak beli sign yang harganya murah , saya ingat on the way balik nanti abang try singgah Ipoh,  kat sana mungkin boleh dapat murah kot. bukan macam sign Gold Flake ni saja , abang nak buat sign lukis muka abang ka atau family abang pun boleh, memang boleh order, tapi saya rasa pun tak dapat harga yang abang nak bagi saya ni." tapi abang try sajalah...mana tau rezeki masing masing.
Di pagi shahdu tu ..aku dah memang buang 2 orang kenalan dan aku rasa, mereka sendiri pun memang tak nak tengok muka aku lagi. 
Hahahah....memang lawak.
Selalunya aku rasa memang macam sial sangat orang macam 2 orang inilah, mereka selalu ingat orang yang kumpul barang lama macam aku ni dapat barang kutip kat kedai besi buruk atau punggut kat longgok sampah. .! 


No comments:

Post a Comment