- Masa dulu Raya ni lah peluang nak cari duit lebih kerana di zaman sekolah dulu tahun 70an , duit susah, aku pergi sekolah cuma bawa 20 sen saja, jadi time Raya ni lah nak dapat collect sekurang kurang duit lebih. Kalau dapat $15 tu dah kira champion la sebab kebanyakan rumah beri 10 sen saja. kalau dapat 20 sen kena ulang 2,3 kali. itu yang tak sabar nak tunggu Raya
- Dulu nak makan ayam atau daging memang jauh sekali. selalunya 2 atau 3 bulan sekali baru dapat merasa, tak macam sekarang ni ,anak anak boleh makan ayam tiap hari. Kalau malam raya macam ni aku dengan keluarga sibuk kejar ayam untuk sembelih buat rendamg. Jadi saat Raya memang ditunggu untuk melantak makanan sedap.
- Raya dapat baju baru. Masa aku kecil dulu memang tunggu saat ini kerana kami beli baju cuma setahun sekali, kalau kali ke 2 tu cuma masa beli baju sekolah. Tak macam sekarang ni anak anak boleh dikatakan dapat beli baju tak ikut masa..Kalau baju dan kasut itu dibeli 2 minggu sebelum Raya bermakna kasut dan baju itu akan diletakkan di sebelah bantal tempat tidurlah. mesti tidur sebelah kasut dan baju raya.,begitulah terujanya nak sambut Raya.
- Dulu kalau beraya memang nak serbu rumah orang kaya dalam kampung sebab dapat merasa minum oren F&N. tak semua rumah akan jamu oren F&N botol kecil.. Aku memang tunggu saat itu.
- Dulu kalau puasa penuh Memang dapat upah $5 datuk aku bagi. memang aku tunggu saat sambut Raya. $5 besar sanggat masa tu.
- Start dari Puasa dulu cukup meriah..tiap kampung berlawan meriam kabait siapa yang paling bergegar kuat, dia lah kebanggaan. tak ada pun Polis kacau. Kalau duduk dalam masjid ketuk gendang masjid bertalu talu tak henti henti sampai ke subuh. Time ni lah dapat lesen besar dari orang tua untuk balik lambat
- Masa dulu jurang antara bapa dengan anak amat jauh, mungkin sistem didikan bapa bagi anak takut pada mereka, Jadi saat raya ni lah ditunggu tunggu untuk minta ampun maaf.
- Start Puasa bila dapat lesen keluar Tarawih..aku dengan kekawan sekampung akan mula buat pelita minyak dari buluh, buat jamor. bila dah dewasa sikit mula buat lampu bintang untuk hias kampung. Kami lawan hias kampung siapa paling meriah
- Dalam bulan Puasa bila malam kampung aku akan meriah sebab akan ada gerai jual kerang rebus dan kerang bakar. Memang tak sunyi bila malam dalam kampung.
- Dulu memang tak ada mainan yang hebat pun jadi pada tiap malam raya selepas sembayang Tarawih kita kumpul semua Pemuda ketuk talam belarak dari rumah kerumah dalam kampung minta kuih sepinggan, kuih in kita kumpul makan kat pintu air macam kenduri malam raya. tradisi ini dah tak ada lagi dah dalam kampung aku
Selaku orang baru blog ini dibuat cuma untuk merekodkan barangan koleksi sendiri dan untuk rujukan sendiri sahaja.
Tuesday, 30 August 2011
Kemeriahan Raya dulu
Kisah kemeriahan Raya masa aku dulu cukup berbeza kalau hendak di bandingkan dengan zaman anak anak aku sekarang.
MERDEKA
Tak semua orang sudah Merdeka dalam erti kata Merdeka yang sebenarnya. Aku pun belum cukup Merdeka, Mungkin sampai mati pun aku tidak akan Sampai tahap Merdeka sepenuhnya.
Monday, 29 August 2011
Sunday, 28 August 2011
Saturday, 27 August 2011
State Express Tin
State Express 555 telah diperkenalkan pada tahun 1895 . Ia adalah brand rokok yang dikilangkan oleh British American Tobacco company.
Ini antara tin rokok 555 yang terawal.
Tin sebegini kalau jumpa kita kena tengok betul betul, kerana selalunya kita tidak akan perasan bahawa tin sebegini adalah tin rokok terawal dan kerana lebal kertas yang ada pada tin selalunya musnah dan tulisan brand cuma terdapat didalam tin sahaja.
Ini antara tin rokok 555 yang terawal.
Tin sebegini kalau jumpa kita kena tengok betul betul, kerana selalunya kita tidak akan perasan bahawa tin sebegini adalah tin rokok terawal dan kerana lebal kertas yang ada pada tin selalunya musnah dan tulisan brand cuma terdapat didalam tin sahaja.
State Express 555
Satu lagi bekas rokok terawal tembaga yang ada di dalam koleksi tahun 1900's.
Bekas rokok tembaga ini ada lagi beberapa design dan kebanyakannya saya dapat di Penang dan Singapore.
Bekas rokok tembaga ini ada lagi beberapa design dan kebanyakannya saya dapat di Penang dan Singapore.
Friday, 26 August 2011
Thursday, 25 August 2011
Wednesday, 24 August 2011
Tuesday, 23 August 2011
Marcovitch
Setakat ini baru jumpa dua jenis tin rokok keluaran Black & White ini, Red & White dan Red & Gold Cigarettes
Monday, 22 August 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)