Saturday 14 April 2012

Kisah Monyet masuk perangkap
Semalam baca dalam akhbar banyak patung harimau terjual kerana berjaya digunakan untuk menghalau monyet dari merosakkan tanaman, Jadi teringat aku di masa sekolah dulu setiap kali musim buah buahan aku dan kawan selalu balik rumah mengikut jalan jauh kerana hendak melalui dusun Pak Syed untuk melihat perangkap sangkar yang dipasang untuk memerangkap monyet bodoh. Aku cakap monyet bodoh kerana monyet yang bodoh sahaja yang selalunya akan masuk perangkap Pak Syed. 
Tapi yang aku dan rakan tidak boleh tahan sekali kerana umpan yang digunakan oleh Pak Syed bukannya buah buahan kerana buah buahan memang banyak diatas pokok, umpan yang Pak Syed gunakan untuk memerangkap Monyet adalah gambar calender perempuan seksi berbikini dimasukkan kedalam plastik dan digantungkan di dalam sangkar.. Memang kelakar lihat spesis Monyet yang gila gambar perempuan seksi masuk perangkap.
Sampai sekarang ini bila ternampak calender perempuan seksi saja, aku akan teringat kisah monyet bodoh masuk perangkap Pak Syed. 
  Kata kawan aku ....manusia pun ada yang spesis macam tu juga!!

2 comments:

  1. ADA JUGA KER SAUDARA SPESIS MANUSIA MCM TU..? DUNIA2 MCM2 RAGAM HAHAHAHA..!!!

    ReplyDelete
  2. Ada nampak juga sekor arah selatan rumah saya, dok kalut teloncat atas pokok duudok. Nampak macam tengah pegang kertas, rasanya gambaq tu la...tu

    ReplyDelete