Sunday 8 January 2012

Pengalaman di sebuah Restoran

Kisah ini pengalaman aku makan di sebuah Restoran di Negara jiran. 
Aku ini jenis orang yang amat cerewet pasal makan. Kalau tak sedap, aku memang tak kan makan. 
Makan tengahari aku bersama kawan di sebuah Restoran .Ramai juga pelanggan di dalamnya, kawan aku oder nasi goreng dan aku memesan nasi putih sup daging. lepas 15 minit menunggu makanan pun dihidangkan.
Kebiasaannya bila dapat sup aku pun ambil sudu untuk merasa kuahnya. Bila aku rasa sesudu terus aku tolak ke tepi. Tak boleh masuk sebab lada putihnya terlebih .Mungkin tidak kena dengan selera aku, dalam hati aku ''gagal lunch aku hari ini." tapi aku tak berapa nak kisah sangat sebab aku ambil heavy breakfest pada paginya.. sambil bersembang dengan kawan ternampak kelibat 2, 3 orang waiter lalu lalang sambil memerahatikan meja aku. 
Selang beberapa minit datang seorang Captain(ketua Pelayan) bertanyakan kepada aku " bolehkah saya bantu encik tentang makanan encik.? Aku cakap ,aku tak boleh makan , tak kena dengan selera aku. tapi tidak mengapa aku sudah hilang selera makan..
Captain itu berlalu dengan rasa bersalah dan memohon maaf. 
Aku pun tak lah berapa nak kisah sangat tentang makan tu, sambil berbual dengan kawan..muncul pula Chef Restoran di sisi meja. mohon ribuan maaf , meminta penjelasan tentang sup yang dihidangkan . Setelah aku terangkan , beliau meminta kebenaran hendak buat semangkok lagi sup untuk aku ataupun aku boleh memesan makanan yang lain. Tengokkan kesungguhan perkerja Restoran itu aku pun minta di meng repair sup daging itu dengan meletakkan lada hitam dan bukan lada putih. 
dalam 10 minit sampai sup dan dihantar oleh Chef itu sendiri sambil berdiri menunggu aku merasa sup yang telah direpair. Beliau menunggu sehingga aku cakap ok . Beliau dengan rendah hati bersungguh memohon maaf dan merasa lega dihati. Melihatkan layanan yang diberi, aku pulak yang rasa bersalah . Memang Hebat!
Aku ingatkan habis setakat itu..setelah aku dan kawan selesai makan ...muncul pula Pengurus Restoran datang memohon maaf pada aku, katanya kerana sedikit masalah...makan dan selera aku terganggu. dan makanan hari itu aku tak perlu bayar kerana mereka rasa sangat bersalah.


Di sini aku cuma nak share dengan kenkawan bukannya sebab aku dapat makan free...tetapi tentang betapa hebatnya servics yang telah diberikan tak tahulah bila akan dapat merasa di Tanahair sendiri.

1 comment: