Saturday 1 October 2011

Ada di kalangan kenkawan bertanya sudah cukup seminggu, lebih dari 20 entry barang hang tak ada yang terjual ke?.
Sebenarnya dah seminggu aku entry, walaupun masih ramai orang lagi tidak boleh terima harga besi buruk mencecah ribuan ringgit. Ramai yang cakap aku gila!!!!
Pada hakikatnya barang aku memang sudah beberapa keping terjual. Aku sengaja tidak letak SOLD kerana , Resmi segelintir orang kita suka sangat nak menyebuk mengambil tahu bila dah " Sold ", Pada siapa? Berapa hang jual?  Orang Melayu ke Cina yang beli? Orang tu tinggal kat mana?
Sebabnya ! kalau orang itu sudah mampu beli dengan harga yang tinggi, ada peluang jadi Langau untuk hurung orang itu sampai dia muntah. Mungkin? atau mungkin suka hendak lebal kan Orang itulah Si bahalul yang beli besi buruk dengan harga tak masuk akal ! Memang pernah ada sejarah!
Sebenarnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui bahawa Kita sebenarnya tak payah menjaja koleksi kita keluar negara lagi ..Sebabnya ...disini saja sudah ada Collector yang sedar dan mampu beli Signbord dengan harga sampai mencecah sekeping RM15000.
Jadi kalau anda ada rezeki mendapat Sign yang hebat di mana mana saja! jangan lepaskan peluang itu, kerana ia suatu pelaburan yang Hebat untuk masa hadapan.


1 comment: