Friday 16 September 2011

The Three Castles Cigarettes

Telah diperkenalkan pada tahun 1878 oleh W.D&H.OWills Bristol London.
Cermin ini tahun 1930.












































Kisah gelaran
Dalam kehidupan seharian kita ini di kelilingi oleh gelaran yang bukan bukan, kalau Hussin jalan bersepah dipanggil Hussin Kengkang, kalau Kassim kulit hitam dipanggil Kassim Kunta Kinte. ada pula kalau Aziz kerja Slow dipanggil Aziz Gedek , kalau Halim matanya sepek dipanggil Ah Seng dan banyak lagi. Aku tak tahu apakah di Negara lain pun ada gelaran sebegini? 
Ini ada cerita di Pasar Karat Penang. Ada seorang Dealer namanya Ijal, nama panjang aku tak tahu, Masa berniaga Ijal ni ada bawa bersama dengan dia sebuah Cermin Rokok. Ramai orang minta nak beli tetapi katanya untuk display sahaja "For your eyes only". Bila sudah masuk minggu ke 3 dia tetap bawa cuma untuk menayang saja...jadi orang pun gelarkan dia "Ijal Budak Cermin" kena pulak orangnya berkilat.. Dalam masa 1 minggu saja gelaran Budak Cermin sudah sebati di kalangan kenkawan antik . Rasa aku dari saat itu sampai kemati pun dia akan dikenali sebagai Budak Cermin. Yang syoknya bila kita panggil dia Budak Cermin..tersengih saja orangnya.


No comments:

Post a Comment