Kalau rezeki itu milik kita..memang kekadang kita dapat pun dengan jalan yang amat mudah.
Aku pernah suatu hari ke Pekan perkampungan Nelayan, kebetulan sedang memandu terpandang Pam air lama Zaman British. Berhenti tanya hendak beli, Apek tak mahu jual, katanya susah nak buka. Round belakang rumah Apek.... terpandang Tray coke,
Aku tanya Apek" Macam mana tray coke boleh sesat sini" . Apek cakap pernah buka restoran.
Aku minta beli tray itu...setelah bayar...Apek suruh aku tunggu sekejap dia hendak tunjuk satu barang kat aku kalau kalau aku berminat.
Selang beberapa minit dia panggil aku masuk dalam rumah dia katanya berat tak larat hendak mengangkat.
Aku mengikut dia masuk ..Katanya " ini besi boleh ka? sambil memyelak plastik yang menutup sebuah button Coke!......
Memang cun gila!!
Tu lah kalau dah rezeki ..kita hendak cari barang lain yang dapatnya barang lain yang lebih cun.
Alhamdullilah rezeki...
ReplyDelete