Showing posts with label State Express. Show all posts
Showing posts with label State Express. Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Thursday, 15 September 2011

Saturday, 27 August 2011

State Express Tin

State Express 555 telah diperkenalkan pada tahun 1895 . Ia adalah brand rokok yang dikilangkan oleh British American Tobacco company.
Ini antara tin rokok 555 yang terawal.
Tin sebegini kalau jumpa kita kena tengok betul betul, kerana selalunya kita tidak akan perasan bahawa tin sebegini adalah tin rokok terawal dan kerana lebal kertas yang ada pada tin selalunya musnah dan tulisan brand cuma terdapat didalam tin sahaja.













State Express 555

Satu lagi bekas rokok terawal tembaga yang ada di dalam koleksi tahun 1900's.
Bekas rokok tembaga ini ada lagi beberapa design dan kebanyakannya saya dapat di Penang dan Singapore.








State Express 777

Tahun 1950's

Wednesday, 10 August 2011

State Express 555

Tahun 1910. Agak pelik selalunya kita panggil Tin Rokok, tetapi yang ini Tembaga Rokok







Monday, 1 August 2011

State Express

Enamel tahun 1930's

































Sesi Mengagumkan
Tahun lepas kawan aku Penang membuat lawatan ke sebuah Muzium seorang collecter di paling Utara Thai. Balik saja seminggu tak habis habis aku dengar cerita yang sama berulang kali pasal sign, pasal koleksi motor, naik lunyai ashik tengok gambar yang disnap di gallery orang tu.
" Rugi hang tak pergi, dia punya collection sungguh menkagumkan, sungguh hebat!!!memang respect habis, Tak boleh tahan!, seminggu dah aku tak boleh tidoq dok terbayang saja koleksi dia dan macam macam lagi".
Bila semua kawan ni dah berkumpul, buka cerita pasal ruginya aku tak mengikut, aku pun mula buka mulut,
"apa yang hampa bahalol sangat, Nak kagum apa? orang tu memang multi billionair, sekarang ni pun kalau dia teringan nak makan malam steak kat LA atau kat Monarco sekali pun dia boleh pergi sekarang. dia petik saja. Jadi kalau di masuk dalam kedai antiq dia borong semua satu kedai pun memang dia boleh buat, apa yang hang nak hairankan, yang patut hang hairan orang macam Mat, macam aku ni..gaji tak sampai $2000 tapi mampu dapat sign yang menarik, dapat barang baik penuh rumah.
Lagi pun sign yang dia ada kebanyakan bukannya sign logal.Sign macam tu ada duit anytime hang boleh beli kat oversea la kawan.. 
Orang macam Mat tu la yang hang patut kagum kawan, patut respect...dia himpun banyak sign local, gaji cukup makan tapi berjaya dapat barang yang kadang kadang tak dapat di terima dik akal, faham tak ?
Ini nak dibanggakan orang kaya yang petik jari saja barang sampai depan mata.
Sejak dari hari itu,  aku tak pernah dengar lagi cerita pasal lawatan itu .


Sunday, 10 July 2011

Sign Malaya 555

555 rokok kertas. Enamel sign sekitar tahun 1930an . Saiz 4ft X 3ft
Saya baru collect sign yang menpunyai tulisan jawi. Inilah enamel sign yang pertama tulisan jawi yang saya dapat.
        














Sabtu di Pasar pagi, sembang kosong di kedai kopi dengan kenalan baru seorang collector. Kawan ini mengeluh pasal harga signbord yang tak terbeli. katanya alangkah best kalau dapat macam dalam program Pickers kat dalam TV.
Kawan ni tanya saya pernah sampai US ke?. 
Saya cakap pernah ada pengalaman, Pendapat saya "Program Picker tu memang best, tapi memang indah khabar dari rupa bang, penonton memang ditipu hidup hidup. kalau di pikir secara waras la..Rakyat di sana memang sudah lama mendapat pendedahan tentang dunia antik collectible ini, mungkin dah advance 40 tahun dari kita, Kita tahun ini baru sedar nak mula collect sign..mereka dah mula sejak tahun 70an lagi bang...kalau tak masakan mereka collect mengila ! mana ada harga sekeping sign 2 orang picker tu dapat beli  USD50 , dapat jual USD150 dan buat untung USD100. Ingat depa bodoh ka tentang urusan jual beli ???? .
dia beli sekeping enamel sign dengan harga sebiji tempayan kat sini saja. Hahaha.... 
sebetulnya kat sana signbord tak ada yang bawah ratus bang...semua cecah ribuan ringgit. Tambahan pula signbord ini dekat sana di kenali sebagai "Permata di Jalanan"( street of jewellery ). signbord tu di samakan dengan emas!. 
sebenarnya mereka yang memperbodohkan orang yang menonton. semuanya propaganda saja bang. mereka kan terkenal dengan benda benda macam ni. Tak payah pergi jauh la...sampai ke US, abang pergi Australia pun cukup ..dengan RM10,000 berapa keping sign abang boleh bawa balik? Rasa saya tak lebih dari 3 keping saja bang. Kalau sign kertas dan cardbord lagi mahal dari enamel.!!!


Aku memang gelak besar pagi ini....!