Aku diremajakan dengan Zaman John Travolta Saturday Night Fever. Bila saja sampai masa hendak gunting rambut, perkara yang terpahat didalam kepala adalah fesyen rambut John Travolta yang menjadi kegilaan ramai remaja di tahun 1970an. Dalam tahun 1980an muncul pula zaman style rambut Datuk Shake.
Tapi malangnya selalu impian untuk dapatkan rambut style John Travolta tidak pernah kesampaian disebabkan bila saja time ke kedai gunting rambut, aku selalu ditemani oleh bapa aku. Maklum sajalah orang tua aku garang, bila sampai kat kedai Pak Lang E ( Kedai Gunting rambut kat kampung aku ) selalunya Ayah akan cakap" Pak Lang, gunting pendek, belakang sagat habis. " aku biasanya frust sambil menjeling poster John Travolta yang terlekat kat dinding kedai papan Pak Lang E.
Sekarang disebabkan Nostalgia itu selalu mengimbau fikiran aku.. aku pun cuba create satu sudut Barber di ruang rumah aku walaupun tak seperti kedai Pak Lang E tapi ia cukup menyenangkan aku sekeluarga.
salam ziarah tuan.salam perkenalan.selamat maju jaya
ReplyDeleteSalam Tuan, saya kagum dgn koleksi yg di pamerkan. Saya baru mula nak berjinak dgn antik. Boleh tak minta bantuan dari pihak tuan jika memerlukan. Kalau boleh nak datang tengok koleksi tuan, boleh ke?
ReplyDeleteAlhamdulillah....boleh bantu setakat yang saya tahu. Tak ada masalah.
ReplyDeletemenarik dapat berkongsi. tq
ReplyDelete