Jam eletrik ini sekitar tahun 1950's. Kaca. Masih berkeadaan baik.
Canada Dry adalah di antara company yang melakarkan tulisan jawi pada botol aerated dan sign mereka.
Jam ini saya beli di Pasar Pagi Penang.
Semasa saya membeli jam ini ,saya bertanya pada Apek yang menjualnya " berapa ringgit Taiko?"
Apek jawab $150.
Saya terperanjat..$150!!!
Apek lihat saya terperanjat cakap $150. Dia pun cakap " ok la ..kasi lu $100 saja. Chin cai.......
Sebenarnya saya terperanjat kerana harganya teramat murah, tapi Apek tu ingat harga yang dia letak harga yang terlampau.
Jadi ..memang nasib menyebelahi saya pada pagi itu.
No comments:
Post a Comment