Pada minggu yang lalu aku dibawa seorang kawan korek barang di rumah seorang Apek dealer yang belum pernah aku sampai. Sesampainya di hadapan rumah Apek , dari seberang jalan lagi aku nampak apek sedang berehat diatas kerusi rehat. Dari jauh lagi aku memang sudah terpandang kerusi yang dia bersandar itu memang kerusi Blackwood.
Aku ni memang gila dengan kayu blackwood.
Bila sudah kenal diri orang yang baru hendak berjinak jinak dengan antiq.. aku pun buat tak endah dengan kerusi itu. tak mahu tunjuk gahirah sangat . setelah pusing se round dalam rumah apek..aku pun keluar bertanya "Apek berapa mau jual kerusi ini? Apek sudah tangkap..." Lu mesti orang lama sudah main ini barang, kalau orang baru ,lu tak akan tanya ini barang.
Aku senyum saja" saya baru mau belajar Taiko!, berapa Taiko mau Jual?
Apek cakap ini mahal Looooo! kalau lu mau saya jual 25 !!!
Aku pun terperanjat "Ya ka?...ini macam punya harga ka Taiko! , Ya lo... barang sekarang susah dapat.
aku mengangguk saja . Dalam hati aku" apek ni memang memang terror..jual 2500 ..memang harga market, macam mana nak beli? kalau sudah harga market!
sambil berjalan melihat lihat barang lain dalam rumahnya. Dapat la sedikit barang barang collectible yang kecil kecil buat buah tangan balik rumah.
Masa hendak kira berapa ringgit harga barang yang telah dikumpulkan..,aku pun mencuba nasib sekali lagi.
"Taiko..betul betul cakap la..berapa Taiko mau jual kalau saya mau beli..
Apek pun bersuara.." saya dapat pun harga mahal...ok last cakap...tak mau turun lagi . saya kasi lu 220. potong 30.
Dalam hati aku..Fuyooo..mak ai..pada mulanya aku ingat RM 2500, rupanya RM250.
Tanpa buang masa aku pun terus bayar..pulang dengan tersenyum lebar.
Di ikutkan sudah banyak kali aku hadapi situasi salah faham semacam ini, kalau diingatkan kembali memang ketawa sendiri.
Selaku orang baru blog ini dibuat cuma untuk merekodkan barangan koleksi sendiri dan untuk rujukan sendiri sahaja.
Sunday, 26 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
Pondok
Bermula dari pendapat kalau lembu tu ia tetap seekor lembu, kalau nak cantikkan dia kita tak payah nak cuba pakaikan ia lipstick, cermin mata maupun skirt kerana apa usaha yang dilakukan pun ia tetap nampak seekor Lembu.
Dalam usaha aku membuat Pondok untuk anak anak mengaji quran waktu petang , untuk keluarga bersantai. Ada sampai yang tersinggung terasa, ada hamba Allah yang menangis kecewa, ada yang marah sampai tak boleh tidor , ada pula kedengaran maki hamun belakang belakang...akhirnya terdiri juga sebuah Pondok dengan budget kecil kecilan mengikut selera aku.

Monday, 20 February 2012
Thursday, 2 February 2012
NESTLE'S
Nestle's beroperasi di Malaysia pada tahun 1912. Pada tahun ini genaplah 100 tahun Nestle's bertapak di Malaysia.
Terdapat perubahan pada logo dulu dibandingkan dengan logo sekarang. Logo dahulu terdapat ibu burung bersama dengan 3 ekor anak , manakala logo sekarang Ibu bersama dengan 2 ekor anak sahaja.
Ini sebahagian dari record koleksi di dalam simpanan yang sempat diambil gambar.

Subscribe to:
Posts (Atom)