Wednesday 14 September 2011

Kacip Penutup Botol





Made in England 1930's
Aku rasa ada collector pernah alami kisah yang sama macam aku. Barang di atas adalah antara barang yang paling cepat sekali aku dapat dalam sejarah koleksi,  selepas terdetik niat hendak mencari dan memilikinya . Maksudnya bila aku sebut saja nak cari Kacip tutup botol ini dalam masa 1/2jam saja barang itu sudah sampai depan mata.
Kisahnya pada 13 tahun dulu aku kerumah kawan seorang runner. Misai nama pangilan dia. sesampai aku di laman rumah , keluar dia mengintai dari tingkap rumah kampungnya bila aku bunyikan hon kereta. Masih berkain pelikat tak berbaju" Hoi!! naik dulu",
 aku dari dalam kereta jerit tak payah la..aku nak ajak hang pergi cari kilang kicap, 
" Nak Buat apa? " 
Aku nak cari kacip tutup botol. kat mana kilang kicap atau cuka yang hang tau dekat dekat sini ? tanya aku.
Dia mengangguk ok..ok aku tau.. kejap aku pergi tukar seluar.
Berpaling dia nak ke bilik tukar pakaian, ada 2 orang runner meluru dengan kapcai sambil membunyikan hon motor menjerit, " Misai...Misai. "
Aku masih dalam kereta , injin kereta pun belum aku matikan lebih kurang 10 meter dari mereka. nampak Mamat 2 orang tu bawa barang dalam plastik sampah hitam.
Misai turun ketanah , aku cuma dengar dari jauh saja Misai sedang nego .berapa nak jual ? dah habis deal, duit pun dah bayar, runner 2 orang tadi pun pergi.
Misai pun jerit kat aku " CELAKA HANG! sambil mengangkat kacip botol tunjuk kat aku, memang haram jadah..Hang pakai Jin ka? baru sebut saja barang dah sampai!!
Aku gelak tak boleh tahan, Misai ketawa terbahak bahak sampai terlompat lompat gelihati.
Misai beli $20 dan upah dia cuma nak aku belanja makan tengahari nasi kandar saja.
Itulah kekadang orang kata rezeki datang mengolek tanpa di duga. Ini lah contoh terbaik yang dikatakan Rezeki datang mengolek yang terjadi pada aku. 
Tapi....yang aku dan Misai tak boleh tahan sekali !!! kerana rezeki hari itu datang 2 buah sekali.


































Peringatan pada collector baru semacam aku ini kalau dapat botol berisi air sendiri mau ingat dan kena berhati hati kerana banyak air oren, air coke ,ada pula dikatakan air telah mendap jadi gula, itu semua kebanyakannya air teh ataupun minyak kelapa yang telah diisi kembali. Ada juga aku dengar botol brand lain dan tutup brand lain, ada juga yang berkarat...dikatakan botol error serta Rare..Hahahahah. 
Kalau nak dihuraikan ada dalam lebih kurang 10 kreteria untuk kenal pasti botol yang telah dikacip. Tetapi aku ni bukannya seorang botologi yang arif untuk menjelaskannya. lebih baik aku tinggalkan pada orang yang lebih pakar dalam bidang mereka untuk menjelaskan.

No comments:

Post a Comment