Ashtray bentuk begini selalunya kurang pratical kerana bentuknya yang leper dan terbuka, kalau ada abu rokok selalunya akan ditiup angin. kebiasaannya akan diletakkan air sedikit untuk melembabkan abu rokok supaya tidak terbang ditiup angin
Kisah pengalaman aku pernah Collect Basikal
9 tahun dahulu aku pernah tersampuk collect basikal, sampai mencecah 10 buah basikal aku dapat lengkapkan. 2 Raleigh, 1 Philips, 2 Posmen, 2 BSA , 1 Hercules , 1 Dunlop dan 1 buah Elswik . kalau dah gila dengan basikal ni mesti nak 100% original.mesti nak barang UNC, kalau spare part tak ada made in England tak pandang langsung. sampai 1 biji skrew pun mesti nak ada logo Stumey Archer atau kalau Philips mesti nak barang Philips. Pasang meter pun nak 3 segi, yang bulat tak mahu. Kalau tayar tu mesti nak pasang tayar lidah gulung Made in Great Britian ataupun Made in Malaya. Satu Malaysia aku redah mencari spare part. Memang masa tu sebuah basikal tak kurang berhabisan dalam RM3500 ke RM4000.
Aku memang cukup bangga dengan koleksi aku .Maklum sajalah keadaan masa itu masih macam katak bawah tempurung. Masih dengan ego sendiri. Orang baru collect, Tak pernah berjalan lihat koleksi orang. Kalau tengok pun koleksi kekawan yang biasa biasa saja, Yang rojak. Jadi awak rasa awak ni paling terror lah.
Sehinggalah selepas 1 1/2 tahun aku collect, aku kerumah seorang Apek untuk beli Dyno Hub dan dry battery.
Apek ini cuma simpan 3 buah basikal , 1 BSA, 1 Truimph dan 1 FA basikal askar Japan masuk Malaya. Bila tengokkan koleksi basikal Apek ini terus semangat jadi lemah...3 buah ni saja sudah buat aku terus jadi Cair , aku ingatkan sudah ada beberapa buah Champion dalam rumah aku..rupa rupanya terasa kecilnya diri aku masa tu...
Memang dia simpan Basikal yang cukup Rare belum pernah aku lihat sepanjang aku main besi buruk ini. Orangnya simple saja.. ketawa lebih dari bercakap. Berpuluh kali jumpa baru kali ini dia bawa aku tengok koleksi dia. Dia buka mulut pun sebab tengok kesungguhan aku berbasikal. Buka mulut saja cakap pasal basikal, Makan cakap pasal basikal ,Tidor pun mimpi basikal. Memang gila Basikal..!Minta beli mampus dia tak nak jual.
Aku balik rumah dalam masa sebulan habis aku jual kesemua basikal aku.. Aku fikir tak guna habiskan puluhan ribu ringgit kalau tak ada sebuah pun yang Champion dalam simpanan. lebih 30K aku dah belanjakan cuma mampu ada benda yang biasa biasa saja. Jadi aku ambil keputusan tak mau main barang ini.
Apa yang aku dapat pengajaran dari situ:
- Tak payah nak bermegah , bangga diri, tak payah cakap banyak kalau kita masih di bawah tempurung sendiri, macam katak di dalam dunianya sendiri, kalau kita belum tengok koleksi orang lain.
- Kalau nak collect apa pun tak perlu dengan quantiti , yang perlu adalah barang berkualiti. kita perlu ada beberapa koleksi yang Champion saja sudah cukup memadai. Maksud aku tak perlu kita beli sampah yang murah berpuluh buah ada lebih baik kita beli sebuah barang Champion walaupun harganya berganda. Melainkan barang yang kita betul betul Fokus untuk collect, itu kita terpaksa cukupkan siri atau setnya. Itu pun kita kena pastikan beli condition yang terbaik, kena keluarkan budget yang lebih sikit untuk dapat yang terbaik.
- Tak semestinya orang yang diam tu tak tahu apa apa ataupun tak ada koleksi yang Champion di dalam simpanannya. Selalunya orang yang diam ini saja buat buat bodoh cuma nak tengok sampai mana tahap gelagat kita saja.
- Tak perlu tersenyum megah bangga diri bila orang sekeliling mengelarkan diri kita " KING ", Malu lah....! sedangkan kita masih berenang didalam longkang yang kecil padahal kita tidak tahu ada orang lain sudah berenang di lautan yang dalam.
No comments:
Post a Comment