Thursday, 15 March 2012

Tuesday, 13 March 2012

Monday, 12 March 2012

Rezeki

Kalau rezeki itu milik kita..memang kekadang kita dapat pun dengan jalan yang amat mudah. 
Aku pernah suatu hari ke Pekan perkampungan Nelayan, kebetulan sedang memandu terpandang Pam air lama Zaman British. Berhenti tanya hendak beli, Apek tak mahu jual, katanya susah nak buka. Round belakang rumah Apek.... terpandang Tray coke, 
Aku tanya Apek" Macam mana tray coke boleh sesat sini" . Apek cakap pernah buka restoran.
Aku minta beli tray itu...setelah bayar...Apek suruh aku tunggu sekejap dia hendak tunjuk satu barang kat aku kalau kalau aku berminat. 
Selang beberapa minit dia panggil aku masuk dalam rumah dia katanya berat tak larat hendak mengangkat.
Aku mengikut dia masuk ..Katanya " ini besi boleh ka? sambil memyelak plastik yang menutup sebuah button Coke!...... 
Memang cun gila!!
Tu lah kalau dah rezeki ..kita hendak cari barang lain yang dapatnya barang lain yang lebih cun.

1883-1958

Fraser & Neave 75th Anniversary

Saturday, 10 March 2012

Made in Johor

Botol botol ini aku dapat di kedai sekitar Flat Kunta Kinte. 
 Macam kata orang tua tua; ada manusia yang  selalu sibuk dengan kuman di seberang , yang dia nampak cuma kuman kat seberang saja...sedangkan Gajah sudah berkampung di belakang rumah dia pun dia tak sedar...dia tak nampak.














1.KLUANG Sin Jun Seng A.W.Factory
2.MUAR Lian Hup Heng A.W.Factory
3. BATU PAHAT Golden Fish A.W 
4&5. BATU PAHAT ENG LAM
6. KLUANG JOHOR AERATWD WATER


DAWOOD RESTAURANT

Aku masih ingat lagi di tahun 70an setiap kali Tok aku jual getah kepingnya pasti dia akan bawa aku makan di Restoran terkenal ini. Di masa itu Restoran Nasi Kandar di Penang masih boleh dikira dengan jari .



Friday, 9 March 2012

LIPTON'S TEA

Agak lama juga menunggu piring warna Pink dan cawan warna putih