Selaku orang baru blog ini dibuat cuma untuk merekodkan barangan koleksi sendiri dan untuk rujukan sendiri sahaja.
Saturday, 17 September 2011
Friday, 16 September 2011
The Three Castles Cigarettes
Telah diperkenalkan pada tahun 1878 oleh W.D&H.OWills Bristol London.
Cermin ini tahun 1930.
Kisah gelaran
Dalam kehidupan seharian kita ini di kelilingi oleh gelaran yang bukan bukan, kalau Hussin jalan bersepah dipanggil Hussin Kengkang, kalau Kassim kulit hitam dipanggil Kassim Kunta Kinte. ada pula kalau Aziz kerja Slow dipanggil Aziz Gedek , kalau Halim matanya sepek dipanggil Ah Seng dan banyak lagi. Aku tak tahu apakah di Negara lain pun ada gelaran sebegini?
Ini ada cerita di Pasar Karat Penang. Ada seorang Dealer namanya Ijal, nama panjang aku tak tahu, Masa berniaga Ijal ni ada bawa bersama dengan dia sebuah Cermin Rokok. Ramai orang minta nak beli tetapi katanya untuk display sahaja "For your eyes only". Bila sudah masuk minggu ke 3 dia tetap bawa cuma untuk menayang saja...jadi orang pun gelarkan dia "Ijal Budak Cermin" kena pulak orangnya berkilat.. Dalam masa 1 minggu saja gelaran Budak Cermin sudah sebati di kalangan kenkawan antik . Rasa aku dari saat itu sampai kemati pun dia akan dikenali sebagai Budak Cermin. Yang syoknya bila kita panggil dia Budak Cermin..tersengih saja orangnya.

Thursday, 15 September 2011
Wednesday, 14 September 2011
Kacip Penutup Botol
Made in England 1930's
Aku rasa ada collector pernah alami kisah yang sama macam aku. Barang di atas adalah antara barang yang paling cepat sekali aku dapat dalam sejarah koleksi, selepas terdetik niat hendak mencari dan memilikinya . Maksudnya bila aku sebut saja nak cari Kacip tutup botol ini dalam masa 1/2jam saja barang itu sudah sampai depan mata.
Kisahnya pada 13 tahun dulu aku kerumah kawan seorang runner. Misai nama pangilan dia. sesampai aku di laman rumah , keluar dia mengintai dari tingkap rumah kampungnya bila aku bunyikan hon kereta. Masih berkain pelikat tak berbaju" Hoi!! naik dulu",
aku dari dalam kereta jerit tak payah la..aku nak ajak hang pergi cari kilang kicap,
" Nak Buat apa? "
Aku nak cari kacip tutup botol. kat mana kilang kicap atau cuka yang hang tau dekat dekat sini ? tanya aku.
Dia mengangguk ok..ok aku tau.. kejap aku pergi tukar seluar.
Berpaling dia nak ke bilik tukar pakaian, ada 2 orang runner meluru dengan kapcai sambil membunyikan hon motor menjerit, " Misai...Misai. "
Aku masih dalam kereta , injin kereta pun belum aku matikan lebih kurang 10 meter dari mereka. nampak Mamat 2 orang tu bawa barang dalam plastik sampah hitam.
Misai turun ketanah , aku cuma dengar dari jauh saja Misai sedang nego .berapa nak jual ? dah habis deal, duit pun dah bayar, runner 2 orang tadi pun pergi.
Misai pun jerit kat aku " CELAKA HANG! sambil mengangkat kacip botol tunjuk kat aku, memang haram jadah..Hang pakai Jin ka? baru sebut saja barang dah sampai!!
Aku gelak tak boleh tahan, Misai ketawa terbahak bahak sampai terlompat lompat gelihati.
Misai beli $20 dan upah dia cuma nak aku belanja makan tengahari nasi kandar saja.
Itulah kekadang orang kata rezeki datang mengolek tanpa di duga. Ini lah contoh terbaik yang dikatakan Rezeki datang mengolek yang terjadi pada aku.
Tapi....yang aku dan Misai tak boleh tahan sekali !!! kerana rezeki hari itu datang 2 buah sekali.
Peringatan pada collector baru semacam aku ini kalau dapat botol berisi air sendiri mau ingat dan kena berhati hati kerana banyak air oren, air coke ,ada pula dikatakan air telah mendap jadi gula, itu semua kebanyakannya air teh ataupun minyak kelapa yang telah diisi kembali. Ada juga aku dengar botol brand lain dan tutup brand lain, ada juga yang berkarat...dikatakan botol error serta Rare..Hahahahah.
Kalau nak dihuraikan ada dalam lebih kurang 10 kreteria untuk kenal pasti botol yang telah dikacip. Tetapi aku ni bukannya seorang botologi yang arif untuk menjelaskannya. lebih baik aku tinggalkan pada orang yang lebih pakar dalam bidang mereka untuk menjelaskan.
Tuesday, 13 September 2011
HUMBER Tricycle
Tahun 1938, size 16 inci , tayar mati. Ini diantara model basikal budak yang saya cukup suka collect. Selain dari brand HUMBER saya juga ada beberapa buah lagi model seperti Raleigh, Rudge, Triang dan Hercules.
8 tahun dahulu model dan condition begini kita boleh beli dengan harga RM 250 sahaja tetapi sekarang harganya sudah mencecah sehingga RM 2500.
Kata seorang Otai Collector "kalau hendak collect sesuatu benda, kita perlu banyak membaca baru kita ada pengetahuan tentang barang yang kita hendak collect! dan sebab yang paling penting sekali , kita perlu tahu apa barang yang patut kita collect.. contoh macam basikal ini boleh mendapat pulangan yang berlipat ganda.atau suatu koleksi yang bila kita sesak!! dengan mudah kita dapat jual atau ditukar menjadi Duit . Itu contoh terbaik barang yang patut kita collect.

Subscribe to:
Posts (Atom)