Pepagi buta dalam pukul 6 , aku dikejutkan dengan sms dari anak ke 2 mengucapkan selamat Selamat hari lahir semoga hidup diberkati Allah, murah rezeki dan panjang umur.
"Allah..Hari ini birthday aku la..."
Sejak anak anak sudah meningkat dewasa ni baru dapat merasa ada orang yang ucap dan tolong ingatkan tarikh hari lahir aku. kalau tidak memang tak sedar masa berlalu. Dikirakan balik..... sudah hendak memasuki 5 seris dah aku ni.....
Disebabkan Sms tadi..teringat aku pada Mak dan abah di kampung.
Seumur hidup aku ini belum pernah lagi merasa sambut hari jadi. Aku sendiri pun tidak pernah meraikankan harijadi mak dan bapa aku. Memang tidak pernah diajar..Tarikh lahir mereka pun aku tak pernah ambil tahu. Anehkan ??? tidak macam generasi Facebook sekarang ni.
Pernah suatu hari masa zaman kanak kanak aku semasa sekeluarga berkumpul minum petang , adik lelaki aku pernah bertanya pada Abah kenapa kita tidak pernah buat majlis hari jadi?
Kata bapa aku "Bukan budaya kita". Kamu ni anak yang degil, malas belajar, Abah sudah pesan jangan mandi parit kamu tetap pergi mandi juga...orang macam ini nak suruh Abah sambut hari jadi dia setiap tahun! Tak guna nak raikan orang yang degil, Orang yang tidak mahu berubah!
Abah aku ni memang orang yang cakap berterus terang , memang tidak ada bahasa berlapik kata orang.
Sepatutnya setiap hari lahir orang yang hendak diraikan, diberi hadiah bukannya kamu! tetapi emak kamu yang patut dipeluk cium diucapkan Terimakasih kerana orang tua itu yang bersabung nyawa melahirkan kamu. Bukannya orang yang lahir diraikan...tapi orang yang melahirkan kamu sepatutnya diraikan..Faham tak!!
Aku gelak tengok adik aku terpinga pinga kena leter dengan Abah.
Selaku orang baru blog ini dibuat cuma untuk merekodkan barangan koleksi sendiri dan untuk rujukan sendiri sahaja.
Saturday, 6 October 2012
Wednesday, 29 August 2012
Mercedes SLK
Malam Raya bila sudah berkumpul anak cucu bapa aku.... Tajuk perbualan yang hanggat...heboh cerita pasal bapa aku baru beli Mercedes SLK 250 yang baru. Ramai yang tidak setuju dengan tindakan bapa aku beli Mercedes Spot.
Ramai yang bersunggut kata mereka bapa aku sudah buang tabiat hendak menjadi orang muda , Kenapa tidak beli S series atau CLS series ?. Ada yang sampai malu bila kebanyakan orang kampung tersenyum sumbing melihat orang tua berumur lebih dari 70 tahun bergaya dengan kereta spot yang harganya melebihi dari 300K.
Aku buat tak peduli saja malam itu dengan semua gosip gosip sambil menonton TV, maklum sajalah dalam rumah aku itu memang ramai adik adik perempuan.
Sampailah Emak aku menarik perhatian aku bertanyakan pendapat aku berkenaan dengan kereta itu. Kata Emak "Cuba tanya pandangan Along pasal Abah beli kereta Spot?".
Bapa aku ada kat sebelah sambil buat muka selamba dia saja.
Kata aku" Pada pendapat aku ada 2 benda saja dalam fikiran aku.

- Pada aku Biarlah orang tua tu enjoy dengan duit hasil titik peluh dia, dia nak beli apa pun dia punya suka, engkau orang peduli apa? lebih baik berkereta baru dari berbini baru!.
- Pada aku apa saja kereta 2 pintu ini kebanyakan orang selalu salah anggap. Pada aku kereta spot ini memang designnya untuk orang tua tua seperti bapa aku ini. sebabnya bila kita sudah tua ..mana ada anak anak yang hendak mengikut kita lagi, kemana saja pergi cuma berdua dengan isteri saja, paling tidak pun cuma ada la seorang dua cucu yang mengikut. itu sebabnya tidak perlu beli kereta yang besar besar. Memang kereta tu kecil dan selesa untuk pemanduan orang tua tua. Senang nak Parking. Aku pun kalau sudah masuk umur 50 tahun ,aku akan pakai SLK atau CLK. Mudah mudahan...
Malam itu Bapa aku tersenyum lebar kerana Along beri sepenuh sokongan pada dia dan dapat merubah pandangan seluruh seisi keluarga.
Wednesday, 6 June 2012
Siapa lebih tinggi Value
Cerita pasal Value lebih tinggi sering dikaitkan dengan "Rare" kalaulah boleh bercakap di antara Enamel sign, Tin sign dan cardboard!!!
Kata Enamel" Value aku lebih tinggi dari tin dan Cardboard kerana aku yang paling lama dan yang paling cantik, lebih colour lebih tinggi nilai aku.
Selain dari itu pupusnya aku kerana aku juga menjadi mangsa untuk dijadikan bahan membuat dinding serta bumbung rumah atau kedai.
Aku adalah yang paling rare kerana tidak banyak besi seperti aku yang tinggal sekarang ini kerana pada WW1 dan WW11 aku telah banyak dileburkan untuk dibuat senjata dan kereta kebal. Tambahan pula pada olimpik di China yang lalu banyak besi diperlukan untuk pembinaan stadium jadi harga dipasaran dunia meningkat dan permintaan di kedai besi buruk telah meningkat naik dengan mendadak mengakibatkan enamel lagi bertambah berkurangan.
Selain dari itu aku adalah sign yang paling susah untuk dibuat, ramai juga perkerja kilang menjadi cacat akibat asid yang digunakan untuk menghasilkan aku.
Kata Tin sign " aku lagi rare sebab cuaca di Malaya ini tidak mengizinkan aku bertahan dengan condition yang cantik dengan lebih lama. aku mudah berkarat, mudah reput ,jadi value aku semestinya lah lebih tinggi sebab aku lebih mudah pupus.
Kalau Enamel sign walaupun100 tahun usianya masih boleh bertahan , walaupun condition kurang memuaskan kerana hujan panas tetapi ia tetap boleh nampak tidak seperti tin sign aku.
Kata Cardboard pula "aku lagi rare sebab aku memang mudah rosak, mudah di Luluhawa.
Cuaca di Malaya ini lebih memudahkan aku rosak.
Tambahan pula sejarah di Malaya ini telah berlaku 2 banjir yang besar yang telah banyak tenggelamkan bandar bandar besar seperti KL dan Ipoh, ada yang sampai keparas bumbung bangunan.
Di tambah lagi banyak kedai lama telah dicat baru, habis aku di buang.
Banyak juga Pekan lama Kedai kayu dirobohkan untuk dibuat bangunan batu, ada juga yang terbakar jadi usia aku memang pendek.
Satu lagi yang menjadi masalah berkurangannya aku bila perniagaan telah bertukar., dari kedai runcit atau kedai kopi telah bertukar kepada kedai Handphone atau cybercafe. Jadi aku memang tidak bertahan lama.
Tapi kata aku "yang cukup beruntung adalah collector yang banyak mengumpul ketiga tiga benda benda ini".

Saturday, 2 June 2012
Cuti Sekolah
Tiap kali musim cuti sekolah teringat aku di masa dahulu kerana masa inilah dapat berkumpul di rumah Tok bersama dengan sepupu yang lain. Bestnya bercuti di rumah Tok kerana aku cucu kesayangan dia.
Kampung Sungai Burung Tanjung Piandang. Tak ada jalan kereta ,nak masuk kedarat terpaksa berjalan atas titi papan sejauh 6 batu kalau bernasib baik boleh tumpang saudara naik perahu. Tidak ada eletrik dan tidak ada air paip
Kalau musim potong padi boleh berkubang menimba ikan di bendang, di Telaga. Setidak tidak pun boleh memancing ikan di Tali air
Anak sekarang ini dah tak merasa semua tu.
Apa yang mengingatkan aku sangat pada suatu pagi, kebiasaannya bila tidur rumah tok di waktu subuh saja dalam pukul 6 pagi, kelambu digoyang, dikejutkan supaya mandi, sembahyang subuh. Tapi pada pagi itu selepas sembahyang , bersarapan aku dan sepupu di beritahu rumah dimasuki pencuri. Aku bertanya mana dia pencuri tu Tok. Tok cakap tu..kat laman rumah..Aku menjenguk dari beranda, Pencuri tu terterap pengsan.
Bila hari sudah cerah aku lihat pencuri berlumuran darah calar balar penuh muka dan badan. Tok aku kejutkan Pencuri yang malang itu di tangannya menggengam seutas rantai arwah. Tok bertanya "kenapa hang tidur atas laman aku ni..apa pasal tak lari.."katanya lepas masuk mencuri..bila nak keluar ikut tingkat..dia nampak laut terbentang luas di hadapan dia , lalu dia terjun ikut tingkap dan berenang.semalaman sampai kepenatan...jadi itu sebabnya badan dia habis bercalar berdarah berenang atas batu di laman rumah. Tapi Tok tak pukul orang itu, diambilnya kembali rantai dan dihalaunya orang itu.
Peristiwa itu cukup mengingatkan aku bertapa hebatnya orang dulu. Rumah tak payah berpagar berbelanja ribuan ringgit.
Tapi sayang kebanyakan kelebihan yang ada pada orang orang lama itu tidak diperturunkan pada anak cucu mereka.

Wednesday, 30 May 2012
Collect Poster
Ada kawan minta pandangan aku tentang bagaimana kalau nak menilai sesuatu collection Poster wayang canvas sebab aku pun memang collect poster wayang jadi boleh cakap sikit tentang bagai mana aku menilai sebelum aku beli.
Pada aku Poster wayang canvas dengan enamel sign adalah sesuatu character yang berbeza dan di 2 dunia yang berlainan.
Kalau enamel sign yang ditulis "State Express".orang sudah tahu ini iklan rokok sebab nilai dan character sangat kuat memang ada di situ.
Berbanding dengan sehelai Poster canvas kalau cuma ditulis "Filem Lancang kuning" tidak akan ada nilai di atas sekeping canvas sebab nilai sebenarnya selain pastikan benda itu bukan repro, ia akan terletak pada wajah Hero dan Heroin dalam poster itu maksudnya kalau filem Lancang Kuning muka Nordin Ahmad dan Latifah Omar mesti menjadi keutamaan sebab character , Weight dan value poster memang letak pada itu. kalau muka Nordin Ahmad atau heroin dah macam muka Lahop lahabau, pada aku itu sudah kira gagal. Patut buat kain basahan saja.
Mungkin Kalau di tulis "Filem Lan cau Kuning" muka hero dilukis berlainan mungkin boleh diterima.
Kita collect Poster bukan nak collect yang error , ini bukan collect duit sebab muka hero mesti nak sebiji muka hero , begitu juga dengan pelakun yang lain.
Tapi kalau sekeping Poster yang di beli dengan harga ratusan ringgit saja lantak.... kaulah tak salah pun.... kalau sekadar nak buat barang koleksi.
Banyak poster yang pernah aku pernah jumpa terpaksa aku abaikan sebab character yang tak cukup kuat.

Saturday, 19 May 2012
Orang Kita
Semalam di tempat kerja sempat aku bersembang dengan Legendary Manchester City Mr.Peter Barns.
Pembuka kata dimulakan dengan pertanyaan " kamu main sukan Apa?" dan "Hobi di masa lapang kamu buat apa ". memang banyak kali aku dapat soalan begini dari orang Putih. Terpikir pulak aku..memang bangsa mereka ni memang titik beratkan kesihatan , orang yang tak bersukan itu dianggap orang yang tidak mempunyai kehidupan yang sempurna dan pada mereka keperibadian dan perwatakan seseorang itu terletak pada sukan yang dimainkan.
Pagi ini teringat aku pada orang orang seMalaysia dengan aku , tiap kali bersuara saja tanya pasal sudah makan Ke?...makan kedarah yang dipentingkan sangat!, kerja kat mana?, Tinggal dimana?, anak sudah berapa?.dan memang banyak lagi soalan yang memang boleh di agak akan ditanya..
Kadang kadang dik kerana terlalu ramahnya orang kita ini, dia tengok awak tengah menyuap makanan kat mulut pun dia masih hendak menyapa" makan ke bang?" selalunya aku senyum saja tapi di dalam hati selalu berkata" Apa ke bahalolnya orang ni..tak nampak ke aku tengah buat apa".lagi mau tanya.
Satu lagi pasal makan yang aku tak boleh tahan , setiap hari di tempat kerja dari pukul 12.30 sehingga pukul 3 petang , soalan yang selalu kita dapat "Dah Makan Ke???, kadang kadang terpikir di kepala nak tulis note atas kertas dan dilekatkan pada baju
"Aku sudah makan". Supaya soalan bodoh itu tak perlu aku jawab berkali kali .
Tetapi lebih menyakitkan hati lagi bila tengah malam kita terpacak kat office..masih ada orang yang menyapa "kerja ke bang?" kadang kadang angin aku tak baik memang jawapannya " Apa ke bodoh punya soalan..kau ingat saja saja aku nak datang ke... di tengah malam buta ni kalau cuti"!
Tapi apa nak dibuatkan sudah kehidupan ...memang orang kita masih banyak lakukan amalan yang tak bertempat.

Tuesday, 15 May 2012
Poster MFP dan Cathay Kris
Semalam ada seorang runner call minta nak beli poster wayang Filem Hang Jebat dan Hang Tuah dari aku. Katanya ada collector yang mampu bayar berapa saja harga yang hang minta.
Janji hang ada niat nak jual saja. Itu sudah memadai pada dia !!!
Aku pun buka satu harga untuk sepasang Poster size 4 kaki X 3 kaki.
Sampai sekarang orang kampung cakap ...lari tak jumpa tangga......terus senyap.
Tu la..lain kali jangan cakap besar sangat..
jangan sangka orang yang berdiam diri itu tak tahu apa apa.

Subscribe to:
Posts (Atom)