Ada kawan minta pandangan aku tentang bagaimana kalau nak menilai sesuatu collection Poster wayang canvas sebab aku pun memang collect poster wayang jadi boleh cakap sikit tentang bagai mana aku menilai sebelum aku beli.
Pada aku Poster wayang canvas dengan enamel sign adalah sesuatu character yang berbeza dan di 2 dunia yang berlainan.
Kalau enamel sign yang ditulis "State Express".orang sudah tahu ini iklan rokok sebab nilai dan character sangat kuat memang ada di situ.
Berbanding dengan sehelai Poster canvas kalau cuma ditulis "Filem Lancang kuning" tidak akan ada nilai di atas sekeping canvas sebab nilai sebenarnya selain pastikan benda itu bukan repro, ia akan terletak pada wajah Hero dan Heroin dalam poster itu maksudnya kalau filem Lancang Kuning muka Nordin Ahmad dan Latifah Omar mesti menjadi keutamaan sebab character , Weight dan value poster memang letak pada itu. kalau muka Nordin Ahmad atau heroin dah macam muka Lahop lahabau, pada aku itu sudah kira gagal. Patut buat kain basahan saja.
Mungkin Kalau di tulis "Filem Lan cau Kuning" muka hero dilukis berlainan mungkin boleh diterima.
Kita collect Poster bukan nak collect yang error , ini bukan collect duit sebab muka hero mesti nak sebiji muka hero , begitu juga dengan pelakun yang lain.
Tapi kalau sekeping Poster yang di beli dengan harga ratusan ringgit saja lantak.... kaulah tak salah pun.... kalau sekadar nak buat barang koleksi.
Banyak poster yang pernah aku pernah jumpa terpaksa aku abaikan sebab character yang tak cukup kuat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya setuju dgn pandangan saudara. Ketepatan dlm lukisan terutamanya dlm melukis poster wayang kanvas, kekuatannya terletak kpd watak utama filem tersebut. Sekiranya tidak tepat, lukisan itu dikira gagal. Saya ada dengar sipembeli membelanjakan RM 20K. sekiranya benar, amatlah malang sekali.
ReplyDeleteTerimakasih kerana dapat share dengan saya
ReplyDelete