Monday, 3 October 2011

Kenapa Jual Barang?

Sudah seminggu aku dengar pertanyaan ini dan hari ini baru tergerak hati nak menjawab sebab ramai yang membuat spekulasi yang aku ni sudah tak berduit, bankrup dan ada sampai cakap aku sudah gila nak berbini 2.
Sebenarnya ini nak cerita kebodohan sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang lain. 
Setelah 3 tahun aku berhenti dari kerja tetap, Pendapatan bulanan yang dapat pun cuma cukup makan sahaja , itu pun kekadang tak sampai hingga kehujung bulan sudah sanggappppp. Duit simpan memang dah kering...sebab aku pernah tak berkerja selama 1 1/2 tahun.
Minggu lepas aku duduk di ruang tamu rumah , Tengok barang kebanggaan yang penuh di serata ruang rumah , terpikir pulak di kepala aku ini, Apa ke bodohnya aku ini????  Sebenarnya dalam keadaan aku ini, aku ada 2 pilihan yang boleh aku buat. 

  1. Aku boleh hidup syok sendiri dengan dikelilingi barang antik/collectible yang aku sayang sampai aku mampus, aku boleh merangsang minda aku untuk syok sendiri sampai aku mati DAN dalam masa yang sama juga dalam a/c bank aku cuma ada RM30 saja. itu pun RM30 tak boleh keluar, kalau boleh keluar memang sudah tinggal teloq.
  2. Pilihan yang ke 2. aku masih boleh hidup dikelilingi dengan barang collectible/antiq ini tetapi dengan barang terpilih saja. maksud aku cuma simpan benda yang betul betul aku hendak dan suka sahaja. kalau sekarang ini aku ada 300 keping signbord, aku cuma simpan 20keping yang betul betul aku hendak saja DAN dalam masa yang sama juga didalam a/c bank aku ada 200K.
Jadi ....aku telah buat pilihan No 2. 
Bermula dari saat buat pilihan itu..aku pun start jual barang. 
Baru sekarang ini terasa nikmatnya dapat jalan tegak, kembang dada bila duit dah berkepok dalam poket dan dalam A/C


Lucky Strike 1950's



Saturday, 1 October 2011

Ada di kalangan kenkawan bertanya sudah cukup seminggu, lebih dari 20 entry barang hang tak ada yang terjual ke?.
Sebenarnya dah seminggu aku entry, walaupun masih ramai orang lagi tidak boleh terima harga besi buruk mencecah ribuan ringgit. Ramai yang cakap aku gila!!!!
Pada hakikatnya barang aku memang sudah beberapa keping terjual. Aku sengaja tidak letak SOLD kerana , Resmi segelintir orang kita suka sangat nak menyebuk mengambil tahu bila dah " Sold ", Pada siapa? Berapa hang jual?  Orang Melayu ke Cina yang beli? Orang tu tinggal kat mana?
Sebabnya ! kalau orang itu sudah mampu beli dengan harga yang tinggi, ada peluang jadi Langau untuk hurung orang itu sampai dia muntah. Mungkin? atau mungkin suka hendak lebal kan Orang itulah Si bahalul yang beli besi buruk dengan harga tak masuk akal ! Memang pernah ada sejarah!
Sebenarnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui bahawa Kita sebenarnya tak payah menjaja koleksi kita keluar negara lagi ..Sebabnya ...disini saja sudah ada Collector yang sedar dan mampu beli Signbord dengan harga sampai mencecah sekeping RM15000.
Jadi kalau anda ada rezeki mendapat Sign yang hebat di mana mana saja! jangan lepaskan peluang itu, kerana ia suatu pelaburan yang Hebat untuk masa hadapan.