Sebenarnya ini nak cerita kebodohan sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang lain.
Setelah 3 tahun aku berhenti dari kerja tetap, Pendapatan bulanan yang dapat pun cuma cukup makan sahaja , itu pun kekadang tak sampai hingga kehujung bulan sudah sanggappppp. Duit simpan memang dah kering...sebab aku pernah tak berkerja selama 1 1/2 tahun.
Minggu lepas aku duduk di ruang tamu rumah , Tengok barang kebanggaan yang penuh di serata ruang rumah , terpikir pulak di kepala aku ini, Apa ke bodohnya aku ini???? Sebenarnya dalam keadaan aku ini, aku ada 2 pilihan yang boleh aku buat.
- Aku boleh hidup syok sendiri dengan dikelilingi barang antik/collectible yang aku sayang sampai aku mampus, aku boleh merangsang minda aku untuk syok sendiri sampai aku mati DAN dalam masa yang sama juga dalam a/c bank aku cuma ada RM30 saja. itu pun RM30 tak boleh keluar, kalau boleh keluar memang sudah tinggal teloq.
- Pilihan yang ke 2. aku masih boleh hidup dikelilingi dengan barang collectible/antiq ini tetapi dengan barang terpilih saja. maksud aku cuma simpan benda yang betul betul aku hendak dan suka sahaja. kalau sekarang ini aku ada 300 keping signbord, aku cuma simpan 20keping yang betul betul aku hendak saja DAN dalam masa yang sama juga didalam a/c bank aku ada 200K.
Jadi ....aku telah buat pilihan No 2.
Bermula dari saat buat pilihan itu..aku pun start jual barang.
Baru sekarang ini terasa nikmatnya dapat jalan tegak, kembang dada bila duit dah berkepok dalam poket dan dalam A/C
Baru sekarang ini terasa nikmatnya dapat jalan tegak, kembang dada bila duit dah berkepok dalam poket dan dalam A/C
SAUDARA SENTUHAM MALAYA..STATEMENT BER BINI 2 X BOLEH TAHAN HAHAHA..! MMG DAJAI !
ReplyDelete