Sudah menjadi resam kita dididik dengan budi bahasa menjaga hati orang tak kiralah pada siapa saja.
Di sebabkan asuhan itu , bila kita diminta memberi pandangan serta pendapat , kita kekadang menipu diri kita sendiri dan membohongi pada orang yang meminta pandangan. selalunya orang kita memang akan bersikap Hipokrit memuji menggunung kononnya memang dididik untuk menghormati dan menjaga hati orang . Maklum sajalah... sesetengah orang tidak boleh terima teguran orang serta mudah berkecil hati.
Kekadang ..aku pun macam tu juga ...ingat dalam hati, Pergi mampuslah..bukannya duit aku. dia nak buat apa ,dia punya suka lah..Tapi di sebabkan sikap Hipokrit kita inilah ia akan merosakkan dan merugikan kenalan kita itu.
Ini kisah minggu lepas aku dibawa seorang kawan kerumah kenalannya kerana kawannya hendak menjual gramophone.
Baik orangnya..tapi biasalah bila kerumah collector, riak bangga dengan koleksi sesetengahnya tak banyak ,sedikit memang terserlah. Aku tengok koleksinya penuh 1 bilik, macam macam dia collect termasuklah Gramophone corong ada 4 dan gramo kabinet ada 2 buah. Yang hendak dijual gramo kabinet 1dan corong 1buah. Kata sahabat ni sudah 10 tahun collect, nilai koleksi dia sudah cecah 200k.
aku mengangguk senyum saja. Maklum sajalah nak beli barang orang.
Membuka cerita hendak beli gramophone...dia pun tunjuklah gramo yang hendak dijual. aku pun buka tengok enjin lebih kurang...diputarkannya lagu.... nyaring seTaman. Dalam hati aku gramo rojak nak dijualnya kat aku dengan harga antiq!!!!
Lepas dengar suku lagu aku pun angkat sound box gramo pusing tengok barang lain. Di sebabkan tengokkan gelagat aku tidak berminat dengan barang yang hendak dijual, dia pun tanya pendapat aku tentang gramo kebanggaan dia ini. Katanya gramo ini terbaik kerana bunyi tersangat kuat sayang sangat hendak jual, tapi apakan daya.
Selalunya bila orang minta pendapat aku tak kira lah orang tu muda atau Tua, selalunya aku akan bertanya balik pada dia "Abang hendak pandangan yang iklas atau hipokrit.?"
Kalau yang hipokrit " saya rasa ramai orang akan kata gramo abang ni memang rare, saya tak pernah jumpa gramo sebagus ini. abang memang King!"
Kalau yang ikhlas dari saya" semua gramo abang ni saya panggil gramo rojak!. enjin yang dipasang adalah enjin gramo beg. bukan yang asal. Sound box bukan ori , lengan dan tengkok ayam dibuat balik, Kalau lah abang beli dengan harga yang abang beritahu saya ni.. memang saya boleh cakap abang dah kena tipu hidup hidup, abang memang beli besi buruk saja.
saya kalau keluarkan ribuan ringgit saya mesti pastikan barang original.kalau tak tahu..tanya pada kekawan yang benar arif tentang benda itu. kita nak dengar gramophone bukannya suara kuat sampai dengar sekampung bang, tapi sound yang keluar mesti ada high dan low, kalau suara Saloma tu mesti keluar suara Saloma dan bukannya suara ayam berkokok.
Berubah muka Abang ni..Tapi aku respek dia..dia tak marah aku..dia marah pada orang yang di sekeliling dia selama ini dok puji melangit, dok jack menggunung,
Disebabkan hipokrit kekawan, sokong yang membawa rebah..kenalan rosak tak sedar yang selama ini dia buat tu salah atau merugikan.
MASAYALLAH SAUDARA..!! MOGA2 KITA DI JAUH KAN DARI SIKAP HIPOKRIT KERANA IA SALAH SATU SIFAT ORANG2 YANG MUNAFIK..WALLAHHUALAM
ReplyDelete