Thursday 10 November 2011

Kisah Koleksi

Ini kisah collector antiq di pagi isnin kenduri Korban . 
Aku terjumpa dengan seorang jiran baru yang kebetulan sama sama siang daging pada Majlis Korban semalam. Katanya baru collect barang antik, sekarang ini tengah gila nak penuhkan barang dalam bilik tidurnya. Katil besi sudah dibeli dan begitu juga dengan almari make-up (Dressing Table). Dia pun ada dengar cerita dari kenalan lain aku memang ada kumpul barang lama . 
Pada aku bagus niat dan minat dia, aku memang boleh duduk bercerita lama kalau sudah ada minat yang sama.
Katanya " Bang... saya nak minta izin abang nak pergi rumah abang hendak tengok bilik tidur abang, Abang sudah lama collect antik sudah tentu abang tidur atas katil black wood atau paling tidak pun katil Victoria". 
Aku cakap Saya cukup bangga dengan tahap kamu.  Tapi saya collect tak sampai ketahap itu, saya tak ada minat nak setup macam kamu setup, betul..rumah saya katil tembaga pun saya tidak ada. 
Budak ini tidak percaya cakap Aku. Katanya aku sombong!! tak mahu share dengan orang lain.
Memang betul aku collect antik, Tapi aku lebih rela kalau masuk ke kamar tidur aku , macam aku masuk bilik Executive suit di Hotel 5 star. Aku lebih pentingkan keselesaan.
Apa ke jadah...nya aku nak tidur atas katil tembaga harga ribuan ringgit tapi bila goyang sikit bunyi macam tikus tersepit. 
Minta maaf cakap!! bilik tidur aku kalau mampu dipasang Jakuzi sebesar mana pun aku hendak. sebab tempat aku rehat . aku mesti pastikan keselesaan. Kerusi set pun aku tidak akan pilih yang lama...sebab kebanyakannya makin lama lagi design nya makin tak sedap duduk. Sebab manusia masih improve design mereka . Aku tak pilih benda yang "Sedap di mata tapi resah di Hati". 
Hari itu aku ketawa besar bila orang tidak percaya apa yang aku cakap.

1 comment:

  1. I have found that this site is very informative, interesting and very well written. keep up the nice high quality writing. Enamel Sign

    ReplyDelete