Tuesday 30 August 2011

Kemeriahan Raya dulu

Kisah kemeriahan Raya masa aku dulu cukup berbeza kalau hendak di bandingkan dengan zaman anak anak aku sekarang. 

  • Masa dulu Raya ni lah peluang nak cari duit lebih kerana di zaman sekolah dulu tahun 70an , duit susah,  aku pergi sekolah cuma bawa 20 sen saja, jadi time Raya ni lah nak dapat collect sekurang kurang duit lebih. Kalau dapat $15 tu dah kira champion la sebab kebanyakan rumah beri 10 sen saja. kalau dapat 20 sen kena ulang 2,3 kali. itu yang tak sabar nak tunggu Raya
  • Dulu nak makan ayam atau daging memang jauh sekali. selalunya 2 atau 3 bulan sekali baru dapat merasa, tak macam sekarang ni ,anak anak boleh makan ayam tiap hari. Kalau malam raya macam ni aku dengan keluarga sibuk kejar ayam untuk sembelih buat rendamg. Jadi saat Raya memang ditunggu untuk melantak makanan sedap.
  • Raya dapat baju baru. Masa aku kecil dulu memang tunggu saat ini kerana kami beli baju cuma setahun sekali, kalau kali ke 2 tu cuma masa beli baju sekolah. Tak macam sekarang ni anak anak boleh dikatakan dapat beli baju tak ikut masa..Kalau baju dan kasut itu dibeli 2 minggu sebelum Raya bermakna kasut dan baju itu akan diletakkan di sebelah bantal tempat tidurlah. mesti tidur sebelah kasut dan baju raya.,begitulah terujanya nak sambut Raya.
  • Dulu kalau beraya memang nak serbu rumah orang kaya dalam kampung sebab dapat merasa minum oren F&N. tak semua rumah akan jamu oren F&N botol kecil.. Aku memang tunggu saat itu.
  • Dulu kalau puasa penuh Memang dapat upah $5 datuk aku bagi. memang aku tunggu saat sambut Raya. $5 besar sanggat masa tu.
  • Start dari Puasa dulu cukup meriah..tiap kampung berlawan meriam kabait siapa yang paling bergegar kuat, dia lah kebanggaan. tak ada pun Polis kacau. Kalau duduk dalam masjid ketuk gendang masjid bertalu talu tak henti henti sampai ke subuh. Time ni lah dapat lesen besar dari orang tua untuk balik lambat
  • Masa dulu jurang antara bapa dengan anak amat jauh, mungkin sistem didikan bapa bagi anak takut pada mereka, Jadi saat raya ni lah ditunggu tunggu untuk minta ampun maaf.
  • Start Puasa bila dapat lesen keluar Tarawih..aku dengan kekawan sekampung akan mula buat pelita minyak dari buluh, buat jamor. bila dah dewasa sikit mula buat lampu bintang untuk hias kampung. Kami lawan hias kampung siapa paling meriah
  • Dalam bulan Puasa bila malam kampung aku akan meriah sebab akan ada gerai jual kerang rebus dan kerang bakar. Memang tak sunyi bila malam dalam kampung.
  • Dulu memang tak ada mainan yang hebat pun jadi pada tiap malam raya selepas sembayang Tarawih kita kumpul semua Pemuda ketuk talam belarak dari rumah kerumah dalam kampung minta kuih sepinggan, kuih in kita kumpul makan kat pintu air macam kenduri malam raya. tradisi ini dah tak ada lagi dah dalam kampung aku

1 comment:

  1. YA SAUDARA..STUJU BENAR DENGAN NOSTALGIA SAUDARA SEMASA KECIL DAHULU MEMANG JAUH BERBEZA DI BANDING DENGAN ZAMAN SKRG..KNDG2 DAH TUA NIE TERINGIN PULA NAK KE ZAMAN ITU SEMULA..TAPI ITU PASTI TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN..SEBAB YG MUDA PASTI KAN TUA BEGITU JUGA SEBALIK NYA..ITU LAH HUKUM ALAM DAN YG TELAH DI TETAPKAN OLEH ALLAH UNTK UMAT NYA..

    SAYA TERTARIK DGN KISAH SAUDARA BERKENAAN JURANG ANTARA BAPA DGN ANAK2 SUATU KETIKA DAHULU..KNDG2 KITA YANG ANAK NIE NAK ANGKAT MUKA PUN TAKUT DENGAN BAPAK SENDIRI..SEMUA NYA DGN EMAK KLAU HENDAK APA2 PUN..!! BEGITU LA ORG2 DAHULU HENDAK MENDIDIK ANAK2 SUPAYA ADA RASA HORMAT PADA KE DUA IBU BAPA..CUKUP2 BER BEZA DGN ANAK2 SKRG..

    BEGITU LA UMPAMA NYA PER EDARAN ZAMAN MEMPENGARUHI JUGA KEHIDUPAN MANUSIA..HANYA BERPEGANG PD AGAMA ISLAM SAJA YG AKAN MEMIMPIN KITA KE JLN BENAR DAN TIDAK AKAN SESAT. WAWAALH HUALAM..

    SELAMAT MENYAMBUT IDUL FITRI BUAT SAUDARA SENTUHAN MALAYA IKHLAS DARI EIS'ANTIQUE

    ReplyDelete