Friday, 11 January 2013

Nasib collector

Keluhan seorang kawan yang pernah membeli sekeping tin sign dari aku. 
Pada 2 tahun yang lepas collector ini pernah membeli sekeping tin sign dengan harga RM1000 dari aku. Ramai kawan rapat dan seangkatan collector dengan dia mengatakan 'Bodoh' pada dia kerana sanggup bayar dengan harga yang sebegitu pada aku untuk sekeping tin karat.
Selepas 2 tahun berlalu dia masih lagi dikatakan 'Terlalu Bodoh' kerana ada collector lain sanggup offer tin karat itu dengan harga RM3000 dan dia masih tidak mahu menjualnya.


Wednesday, 2 January 2013

Manusia aneh

"Kenapa jual barang kat bangsa asing"?????. 
Sudah lama aku tak mendengar ayat kurang ajar ini, Tapi semalam sekali lagi aku dengar dari seorang collector cakap pada aku dalam telepon.

Minggu lepas aku ada menjual sekeping poster kepada seorang kawan Cina yang kebetulan orang yang mengaku sebangsa dengan aku ini memang sudah lama mengidam hendakkan poster itu. Tapi lebih suka main taktik bodoh tarik talinya. 
Kebetulan bila aku sudah menjual ....dia pun menelepon hendak beli poster tu konon konon nak nego tekan harga lagi dengan aku.
Bila aku cakap aku sudah jual......dia pun sibuk bertanya pada siapa aku jual?..Katanya "Kenapa jual kat bangsa asing"???
Panas aku dengar ....terus terkeluar dari mulut aku...
Haram jadah punya manusia.. macam mana aku hendak simpan , kalau orang yang mengaku sebangsa dengan aku ini asyik hendak menekan bangsa sendiri. Benda aku hendak $5000 kau cuma hendak bayar $2000 dan lebih kurang ajar sekali kau hendak beli barang aku dengan harga yang kau pernah pergi korek sendiri 5 tahun dahulu. 
Apa ke bodoh punya manusia!!!.
Paling aku tidak faham lagi ada jenis manusia yang kalau kita hendak menjual barang ...dia sibuk hendak bertanya berapa harga kita beli..seboleh bolehnya dia hendak bayar dengan harga yang kita beli dan ditambah $50 duit minyak sahaja... memang kelakar orang macam ini..kalau lah orang macam ini datang  kerumah aku.. ..sudah lama aku halau dengan parang!!!
Aku beli berapa ringgit dan aku hendak jual berapa pun aku punya suka la...kalau kau tak setuju... tak payah pedulikan aku.
Lebih aku tidak boleh tahan sekali ..dia cuba menasihatkan aku dan dalam masa yang sama dia sendiri tidak pernah hendak support peniaga kecil seperti aku ini.
Memang aneh!!

Monday, 19 November 2012

Pinjamkan duit

Orang tua tua pernah berpesan jangan sesekali pinjamkan duit pada kawan baik kerana itu akan menjadi punca menrengangkan tali persahabatan dan kawan yang baik akan menjauhkan diri dari kita!. 
Begitu juga sebagai collecter..benda yang patut dielakkan sekali adalah meminjamkan wang kita pada rakan dealer atau pun runner. Tambahan pula kalau runner itu tersohor lagi tidak boleh dipercayai..!
Selalunya bila seorang dealer atau runner sudah meminjam duit kita pada kebiasaannya bila dia dapat barang yang kita collect, dia tidak akan menjual pada kita lagi, mungkin kerana sudah terhutang budi dia agak keberatan dan segan hendak menbuka harga barangan dengan agak tinggi...jadi beliau lebih sanggup menjual barangan itu kepada orang lain dari pada kita yang pernah menolong dia. 
Ada pula yang menjauhkan diri dari kita takut takut kalau jual pada kita , wangnya akan ditolak dari baki hutang mereka pada kita kalau ada yang masih tertunggak.
Jadi........dulu memang selalu kita beli barang dari si mamat ini, bila kita sudah tolong pinjamkan duit pada dia....pada kebiasaannya perhubungan tidak akan menjadi seakrab dahulu.
Jadi kena beringat lah pesan aku ini.

Monday, 12 November 2012

Legenda

 Minggu lepas aku berkesempatan berkerja dengan Legenda bolasepak Liverpool 1971 - 1977 Kevin Keegan.
Orangnya cukup hebat , Peramah, masih sihat.
Tidak pernah termimpi dalam hidup aku dapat makan semeja, bergurau senda menepuk nepuk bahu dengan legenda yang cukup hebat ini. Mesranya dia.. terasa macam sudah bertahun kenali dia.
Tetapi yang buat aku gelak besar semalam ...bila aku masuk toilet.. Keegan datang kencing bediri di sebelah aku!!!
Mak....ia.........tak pernah terbayang aku....Keegan kencing di sebelah aku la....

Saturday, 27 October 2012

kawan sekerja

Kekadang sedih memikirkan perangai kawan sekerja yang sebangsa dengan aku.
Kaum lain berlumba lumba belajar switcher, Mira, EVS, Seinna, lighting, vartual set untuk jadi multi skill dan ada yang sudah boleh dijadikan Technical Director.......bangsa aku masih asyik fikir nak balik awal saja.
Tapi setiap hari yang aku dengar rungutan pasal gaji tak cukup cukup!!!!
Macam mana orang nak naikkan gaji kalau setakat boleh operate satu mesin saja kawan.....
Yang menghairankan aku ni ...orang yang bagi training ni semuanya bebudak Melaya dan orang yang belajar ini gaji jalan dan percuma.! masih lagi ramai bangsa aku asyik nak balik awal..
Apakah salahnya setiap hari lepas kerja luangkan masa untuk training atau beritahu supervisor dirosterkan untuk training?
Mungkin sikap "ke akuan" masih cukup menebal dalam diri kekawan aku ni.. mungkin juga masih bersikap macam orang kampung aku jenis yang tidak ambil kisah.
 Ayat kebanggaan yang selalu aku dengar 'Aku kerja sudah berbelas tahun tau!!' 
Kau ingat orang hairan dengan belasan tahun engkau??? kalau setakat tahu satu benda saja!
Aku pasti ramai kawan sekerja akan melenting bila baca blog aku ini ...Tapi pergi jahanamlah....aku memang dah tak kisah!!!

Sunday, 7 October 2012

Belanjawan

Pagi ini balik dari market termenung aku sekejap di wakaf memikirkan ikan dan sayur yang aku beli tadi. 
Ikan siakap yang besarnya cuma sekali hadap 4 beranak $14, Ikan kembong 5 ekor $10. sayur bayam, kailan dan cili $6. Ini saja sudah $30 untuk belanja makan sehari. itu pun belum masuk belanja barang dapur seperti beras , minyak  dan rempah ratus untuk memasak!! 
Diconggakkan balik belanja cash seharian...
Duit ikan $30.
Belanja sekolah anak seorang $5. 4 orang sudah $20
Minyak Toll aku hendak pergi kerja $30
Makan dan belanja aku di tempat kerja $20
Kalau dikirakan balik setiap hari aku perlukan $100 cash untuk menjana keluarga aku. 
Memang "Haram Jadah.......!!"apa dah jadi sekarang ini . Orang yang berpendapatan sederhana macam aku ini memang terasa perit yang teramat sangat.
Tak ada ke Datuk Menteri yang bertanggungjawab peduli hal ini???
Pikirkan belanjawan yang lalu Tak ada satu pun benda yang tempias dapat menolong aku sekeluarga yang berpendapatan sederhana ini. 
Apa ke Jadahnya diberi Rebet pada Tax, duit hanphone, diberi duit saguhati setahun sekali yang pada aku tidak membantu langsung mengurangkan beban aku sekeluarga.
Benda sampingan yang dititik beratkan. Benda keperluan utama dipandang sebelah mata tidak dipedulikan langsung!

Sebagai rakyat Malaysia yang aku perlukan wahai Datuk Datuk Menteri adalah "BARANG MAKANAN DI MALAYSIA INI HENDAKLAH MURAH"
Aku hendak harga makan semurah Negara Asean yang lain kecuali S'pore yang tidak menpunyai hasil mahsol. 
Apa saja pengeluaran sumber makanan yang dihasilkan dari bumi Malaysia ini sepatutnya murah. Apa bahalolnya kalau harga sekilo gandum yang diimpot dari Amerika lebih murah dari sekilo beras yang ditanam di sini. 
Kalau hendak tolong Rakyat.....kena turunkan harga barang makanan la Datuk.....!!!!
Agak kelakar juga.....kalau pergi ke Hotel harga segelas air mangga lebih mahal dari harga segelas Beer.
Kalau Datuk menteri hendak tahu sekarang ini sepinggan nasi di kedai sudah mencecah $8 ke $12 dah Datuk..
Negara lain boleh kawal harga makanan jadi murah kenapa tidak di Negara kita?
Tapi pergi Mampos....lah memang tak kan ada orang yang akan peduli rintihan aku sekeluarga ini.

Saturday, 6 October 2012

Happy Birthday

Pepagi buta dalam pukul 6 , aku dikejutkan dengan sms dari anak ke 2 mengucapkan selamat Selamat hari lahir semoga hidup diberkati Allah, murah rezeki dan panjang umur. 
"Allah..Hari ini birthday aku la..." 
Sejak anak anak sudah meningkat dewasa ni baru dapat merasa ada orang yang ucap dan tolong ingatkan tarikh hari lahir aku. kalau tidak memang tak sedar masa berlalu. Dikirakan balik..... sudah hendak memasuki 5 seris dah aku ni..... 
Disebabkan Sms tadi..teringat aku pada Mak dan abah di kampung. 
Seumur hidup aku ini belum pernah lagi merasa sambut hari jadi. Aku sendiri pun tidak pernah meraikankan harijadi mak dan bapa aku. Memang tidak pernah diajar..Tarikh lahir mereka pun aku tak pernah ambil tahu. Anehkan ??? tidak macam generasi Facebook sekarang ni.
Pernah suatu hari masa zaman kanak kanak aku semasa sekeluarga berkumpul minum petang , adik lelaki aku pernah bertanya pada Abah kenapa kita tidak pernah buat majlis hari jadi? 
Kata bapa aku "Bukan budaya kita". Kamu ni anak yang degil, malas belajar, Abah sudah pesan jangan mandi parit kamu tetap pergi mandi juga...orang macam ini nak suruh Abah sambut hari jadi dia setiap tahun! Tak guna nak raikan orang yang degil, Orang yang tidak mahu berubah! 
Abah aku ni memang orang yang cakap berterus terang , memang tidak ada bahasa berlapik kata orang.
Sepatutnya setiap hari lahir orang yang hendak diraikan, diberi hadiah bukannya kamu! tetapi emak kamu yang patut dipeluk cium diucapkan Terimakasih kerana orang tua itu yang bersabung nyawa melahirkan kamu. Bukannya orang yang lahir diraikan...tapi orang yang melahirkan kamu sepatutnya diraikan..Faham tak!!
Aku gelak tengok adik aku terpinga pinga kena leter dengan Abah.