Thursday, 10 November 2011

Kisah Koleksi

Ini kisah collector antiq di pagi isnin kenduri Korban . 
Aku terjumpa dengan seorang jiran baru yang kebetulan sama sama siang daging pada Majlis Korban semalam. Katanya baru collect barang antik, sekarang ini tengah gila nak penuhkan barang dalam bilik tidurnya. Katil besi sudah dibeli dan begitu juga dengan almari make-up (Dressing Table). Dia pun ada dengar cerita dari kenalan lain aku memang ada kumpul barang lama . 
Pada aku bagus niat dan minat dia, aku memang boleh duduk bercerita lama kalau sudah ada minat yang sama.
Katanya " Bang... saya nak minta izin abang nak pergi rumah abang hendak tengok bilik tidur abang, Abang sudah lama collect antik sudah tentu abang tidur atas katil black wood atau paling tidak pun katil Victoria". 
Aku cakap Saya cukup bangga dengan tahap kamu.  Tapi saya collect tak sampai ketahap itu, saya tak ada minat nak setup macam kamu setup, betul..rumah saya katil tembaga pun saya tidak ada. 
Budak ini tidak percaya cakap Aku. Katanya aku sombong!! tak mahu share dengan orang lain.
Memang betul aku collect antik, Tapi aku lebih rela kalau masuk ke kamar tidur aku , macam aku masuk bilik Executive suit di Hotel 5 star. Aku lebih pentingkan keselesaan.
Apa ke jadah...nya aku nak tidur atas katil tembaga harga ribuan ringgit tapi bila goyang sikit bunyi macam tikus tersepit. 
Minta maaf cakap!! bilik tidur aku kalau mampu dipasang Jakuzi sebesar mana pun aku hendak. sebab tempat aku rehat . aku mesti pastikan keselesaan. Kerusi set pun aku tidak akan pilih yang lama...sebab kebanyakannya makin lama lagi design nya makin tak sedap duduk. Sebab manusia masih improve design mereka . Aku tak pilih benda yang "Sedap di mata tapi resah di Hati". 
Hari itu aku ketawa besar bila orang tidak percaya apa yang aku cakap.

Wednesday, 9 November 2011

Hercules

Enamel Sign HERCULES. Size 9in X 19in. 

Renovate Rumah

Dalam minggu ini aku renovated rumah teres aku. Bahagian depan rumah dilebarkan . Renovat biasa guna batu bata. Ramai Jiran tetangga dan kenkawan bertanya dan beri cadangan kenapa tidak renovate buat rumah ala rumah kampung , ala Istana lama atau guna kayu buat gaya antiq. Katanya alang alang buat biar kena konsep, biar puas hati. Kita buat rumah bukan macam tukar baju! Terimakasih....ada benarnya kata kenkawan.
Kalau orang dah tegur kita maknanya ada orang ambil berat tentang kita.
Pada kekawan yang tidak sempat nak aku terangkan. ..Tak salah buat rumah kayu macam kebanyakan orang buat. " Ikut Selera masing masing. Tepuk dada tanya selera" . Kalau tanya aku! ...aku tidak berminat langsung nak buat konsep " Rumah Teres ditampal dengan kayu". 
Dari Utara sampai ke Selatan aku sudah melawat kerumah orang ..belum pernah aku jumpa lagi sebuah rumah yang ditampal dengan kayu , berkenan di mata dan molek hati , yang aku nampak macam seekor Lembu bila Tuannya nak bagi nampakkan cantik di mata, Tuannya cuba pakai kan skirt, pakai kan cermin mata dan letakkan Lipstick..supaya nampak CANTIK!!!.Orang boleh PUJI!!!


Pada Asasnya keistemewaan Rumah kayu ada pada sistem Pengaliran udara dan Pengcahayaannya.. Setiap ruang, setiap sudut yang dibuat , ada tujuan dan maksudnya.
 Kalau rumah Teres dalam Taman Perumahaan  nak ditampal dengan Kayu mana nak dapat semua tu.....Tak payahlah buat sesuatu benda kalau kita benar benar tidak tahu tentang keindahaan Rumah Melayu. Jadi kalau benda itu tak dapat kita titik beratkan , tak payah lah nak ikut ikut orang, Nak cantikkan lembu yang memang kalau disolek macam mana pun ia tetap nampak Lembu juga. Jadi...Jangan sesekali rosakkan keindahan senibina Melayu. 
Pada aku kalau berduit ...elok dirikan sebuah rumah kayu diatas sebidang tanah. ini Pada pandapat aku. Kalau aku tak berduit, aku langsung tidak akan buat!!  
Tak payahlah jadi Bodoh, syok sendiri buat rumah yang tidak Practical yang awak sendiri tidak selesa tinggal didalam nya.... Bila kita sendiri tidak berasa selesa ...inikan pula anak Isteri , Mak Bapak serta sanak saudara.
Tapi apa pun Tepuk Dada Tanya selera masing masing!!!!!

KICKAPOO

2 units Thermometer Kickapoo.