Sunday 30 October 2011

KLIM Sign

Untuk dijual tin sign 1950's  KLIM, kalau di terbalikkan perkataannya akan menjadi MILK. Size 20in X 12in. Kondisi seperti seadanya.


Thursday 27 October 2011

Wednesday 26 October 2011

Saturday 22 October 2011

Pusingan selama 10 tahun

Ini kisah perjalanan sekeping Coke Calendar . 
Dalam Tahun 2001 Calendar ini dipunyai oleh seorang Runner Mamak Penang dan telah dijual pada seorang Collector Mr.M di Kuala Lumpur. Di sebabkan condition tidak berapa baik ..Collector ini telah menjual pada owner sebuah kedai Antiq/ collectible di Melaka. Pada tahun 2001 aku beli Calendar ini di kedai Antiq Melaka. 
Selang dalam 3 bulan Calendar Coke ini telah aku tukar barang dengan Mr.Tan seorang collector Coke di JB sebab aku ingat boleh dapat Condition yang lebih baik dari yang aku ada. Aku pun lepaskan! Mr.Tan telah menyimpan beberapa ketika. Selepas itu calendar ini telah dibeli oleh Tuan Haji Ali Popia JB.
Beberapa bulan selepas Tuan Haji Menyimpan ...aku pula sekali lagi telah pergi beli balik setelah 8 tahun mencari tak berjumpa satu yang lain.
Sekarang benda ini tergantung kembali di tiang Seri rumah aku.
Itulah......

Offer

Cermin F&N ni aku nak jual dengan harga RM6000. Memang ada orang cakap harga GILA. Tak masuk akal! tapi hari ini aku pula nak buat Permintaan. Kalaulah ada Cermin F&N yang jenis sama macam yang aku hendak jual ini dan Conditionnya lebih baik dari yang aku punya ini. Aku nak beli dengan harga RM8000.
Tapi kalau hendak bawa dekat aku...Tolong...Pastikan betul betul yang conditionnya lebih baik dari yang aku punya, Kalau tidak memang buta buta kena Maki!!. sekali lagi aku ingatkan Tolong Pastikan!!!!
Permintaan ini cuma untuk seminggu ini saja, sebab ada banyak lagi benda lain yang aku hendak beli.

Wednesday 19 October 2011

Brooke Bond's Tea

For Sale Enamel Sign Brooke Bond's Tea . Year 1900's. 
Size 12in X 18in . 

Capstan

Cermin CAPSTAN 1940'S. Size 9in X 7in. 
Dijamin cermin ini Original bukan cermin Repro yang menjadi kebanggaan sesetengah Budak..

Tuesday 18 October 2011

Saturday 15 October 2011

Saturday 8 October 2011

Coke 50's

Double side Coke Tin Sign 1950's.

The Three Castles Cigarettes

1930's
Satu lagi aku jamin cermin ini original dan bukan cermin repro macam Cermin Si Budak Cermin.

Brasso

Brasso has been in use for over 100 years and originated in Britain in 1905.

Monday 3 October 2011

Kenapa Jual Barang?

Sudah seminggu aku dengar pertanyaan ini dan hari ini baru tergerak hati nak menjawab sebab ramai yang membuat spekulasi yang aku ni sudah tak berduit, bankrup dan ada sampai cakap aku sudah gila nak berbini 2.
Sebenarnya ini nak cerita kebodohan sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang lain. 
Setelah 3 tahun aku berhenti dari kerja tetap, Pendapatan bulanan yang dapat pun cuma cukup makan sahaja , itu pun kekadang tak sampai hingga kehujung bulan sudah sanggappppp. Duit simpan memang dah kering...sebab aku pernah tak berkerja selama 1 1/2 tahun.
Minggu lepas aku duduk di ruang tamu rumah , Tengok barang kebanggaan yang penuh di serata ruang rumah , terpikir pulak di kepala aku ini, Apa ke bodohnya aku ini????  Sebenarnya dalam keadaan aku ini, aku ada 2 pilihan yang boleh aku buat. 

  1. Aku boleh hidup syok sendiri dengan dikelilingi barang antik/collectible yang aku sayang sampai aku mampus, aku boleh merangsang minda aku untuk syok sendiri sampai aku mati DAN dalam masa yang sama juga dalam a/c bank aku cuma ada RM30 saja. itu pun RM30 tak boleh keluar, kalau boleh keluar memang sudah tinggal teloq.
  2. Pilihan yang ke 2. aku masih boleh hidup dikelilingi dengan barang collectible/antiq ini tetapi dengan barang terpilih saja. maksud aku cuma simpan benda yang betul betul aku hendak dan suka sahaja. kalau sekarang ini aku ada 300 keping signbord, aku cuma simpan 20keping yang betul betul aku hendak saja DAN dalam masa yang sama juga didalam a/c bank aku ada 200K.
Jadi ....aku telah buat pilihan No 2. 
Bermula dari saat buat pilihan itu..aku pun start jual barang. 
Baru sekarang ini terasa nikmatnya dapat jalan tegak, kembang dada bila duit dah berkepok dalam poket dan dalam A/C


Lucky Strike 1950's